Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 7:14 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

14 Setelah itu Dia menghampiri dan menyentuh usungan itu, lalu para pengusung pun berhenti. Yesus berkata, “Hai anak muda, Aku menyuruh kamu bangun!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

14 Setelah itu Dia menghampiri dan menyentuh usungan itu, lalu para pengusung pun berhenti. Yesus berkata, “Hai anak muda, Aku menyuruh kamu bangun!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 7:14
20 Iomraidhean Croise  

Kemudian Elia menelungkupkan badannya di atas anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah semula anak ini!”


TUHAN mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.


demikianlah manusia yang sudah meninggal dunia, mereka tidak dapat bangkit semula. Mereka tidak akan bangun selama langit ada, dan tidak akan terjaga daripada tidur mereka.


Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? Tetapi aku akan terus menunggu, sehingga masa kesusahanku berlalu.


Apabila Dia berfirman, dunia tercipta; oleh firman-Nya, segala-galanya dijadikan.


Umat-Mu yang sudah mati akan hidup semula! Mayat mereka akan bangkit semula. Semua yang sudah dimasukkan ke dalam kubur, akan bangun dan bernyanyi dengan sukacita. Seperti embun yang berkilau-kilau menyegarkan bumi, demikian juga TUHAN akan menghidupkan mereka yang sudah lama mati.


Yesus memegang tangan anak itu lalu berkata kepadanya, “Talitha kum,” yang bererti, “Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun!”


Apabila Tuhan melihat wanita itu, Dia kasihan kepadanya lalu berkata, “Janganlah menangis.”


Pemuda yang dihidupkan semula itu duduk dan mula bercakap. Lalu pemuda itu diserahkan oleh Yesus kepada ibunya.


Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri dan di daerah sekitarnya.


Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.


Sebagaimana Bapa membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Anak memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Nya.


Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup.


Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman kepada Abraham, “Aku sudah menjadikan engkau bapa kepada banyak bangsa.” Demikianlah Allah memberikan janji itu kepada Abraham dan Abraham percaya kepada-Nya. Dialah Allah yang menghidupkan orang mati, dan juga Allah yang dengan firman-Nya mewujudkan apa yang tidak wujud.


Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.)


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan