Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 6:43 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

43 “Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidak akan menghasilkan buah yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

43 “Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidak akan menghasilkan buah yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 6:43
8 Iomraidhean Croise  

Adakah hal lain yang harus aku buat, tetapi belum aku lakukan untuk ladang anggurku itu? Mengapakah buah masam yang dihasilkannya, dan bukan buah yang baik seperti yang aku harapkan?


untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh TUHAN sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.


Aku menanam engkau seperti pokok anggur pilihan daripada benih yang terbaik. Tetapi lihatlah, engkau sudah berubah! Engkau menjadi seperti pokok anggur liar yang tidak berguna.


“Untuk mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok kamu tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya sesuatu pokok diketahui daripada buahnya.


Kapak sudah tersedia untuk menebang pokok hingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dibuang ke dalam api.


Bagaimana mungkin kamu berkata kepada saudara kamu, ‘Maaf, saudara, biarlah saya keluarkan selumbar dari mata saudara,’ sedangkan kayu balak di dalam mata kamu sendiri tidak kamu lihat? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari mata kamu sendiri. Barulah kamu dapat melihat dengan jelas dan mengeluarkan selumbar dari mata saudara kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan