Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 6:39 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

39 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Jika seorang buta memimpin seorang buta yang lain, maka kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

39 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Jika seorang buta memimpin seorang buta yang lain, maka kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 6:39
14 Iomraidhean Croise  

Dia berfirman, “Semua pemimpin umat-Ku buta. Mereka seharusnya memberikan amaran kepada umat-Ku. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka seperti anjing pengawal yang tidak dapat menyalak; mereka hanya tahu tidur dan bermimpi.


Oleh itu, Tuhan tidak akan membenarkan orang muda mereka melepaskan diri. Dia tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap balu dan anak yatim piatu, kerana semua umat itu telah membuang iman dan derhaka. Segala perkataan mereka jahat. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.


Adakah mereka malu kerana melakukan semua perbuatan yang keji itu? Tidak, mereka sama sekali tidak tahu malu; mereka sudah tebal muka. Oleh sebab itu mereka akan jatuh seperti orang lain; riwayat mereka akan tamat apabila Aku menghukum mereka. Aku, TUHAN telah berfirman.”


Hai umat-Ku, adakah kamu malu kerana telah melakukan semua perbuatan yang keji itu? Tidak, kamu sama sekali tidak tahu malu; kamu sudah tebal muka! Oleh itu, kamu akan jatuh seperti orang lain; riwayat kamu akan tamat apabila Aku menghukum kamu. Aku, TUHAN telah berfirman.


Yesus mengajar mereka banyak perkara dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Seorang peladang pergi menabur benih.


Jangan pedulikan orang Farisi. Mereka pemimpin buta, dan apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang.”


Kamu jahat seperti ular berbisa dan kamu keturunan orang jahat! Bagaimana mungkin kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman di neraka?


Kamu yakin bahawa kamulah pemimpin orang buta dan kamu cahaya kepada mereka yang dalam kegelapan.


Orang jahat dan penipu akan menjadi semakin jahat. Mereka menipu orang lain, padahal mereka sendiri juga tertipu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan