Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 6:25 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

25 Malanglah kamu yang kenyang sekarang ini, kerana kamu akan kelaparan! Malanglah kamu yang tertawa sekarang ini, kerana kamu akan berdukacita dan menangis!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

25 Malanglah kamu yang kenyang sekarang ini, kerana kamu akan kelaparan! Malanglah kamu yang tertawa sekarang ini, kerana kamu akan berdukacita dan menangis!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 6:25
33 Iomraidhean Croise  

Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka, dan dipuji kerana kejayaan mereka,


Ketawa mungkin dapat menyembunyikan kesedihan, tetapi apabila kegembiraan berakhir, kesedihan tetap ada.


Jika aku kaya, mungkin aku berkata aku tidak memerlukan Engkau. Sebaliknya, jika aku miskin, mungkin aku mencuri, lalu memalukan Allahku.


Aku mendapati bahawa ketawa itu suatu kebodohan, dan bahawa keseronokan tidak membawa faedah.


Kesedihan lebih baik daripada ketawa; biar wajah murung asal hati lega.


Ketawa orang bodoh tidak bererti, seperti bunyi duri dibakar api.


Bahkan nabi dan imam pun terlalu mabuk sehingga mereka berjalan terhuyung-hayang. Mereka minum terlalu banyak wain dan arak sehingga mereka tersandung kerana kebingungan. Nabi-nabi terlalu mabuk sehingga tidak dapat memahami penglihatan yang diberikan Allah, dan imam-imam terlalu mabuk sehingga tidak dapat mengadili perkara yang dibawa kepada mereka.


Sesungguhnya, orang yang menyembah Aku dan taat kepada-Ku akan mendapat banyak makanan dan minuman, tetapi kamu akan lapar dan dahaga. Mereka akan gembira tetapi kamu akan dihina.


Umat ini akan mengembara di serata negeri, dan berasa kecewa serta lapar. Kerana kelaparan, mereka marah sehingga mengutuk raja dan Allah mereka. Walaupun mereka memandang ke atas


Penduduk Manasye dan penduduk Efraim menyerang satu sama lain, lalu mereka bersama-sama menyerang Yehuda. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.


Perayaan kamu akan Kujadikan perkabungan, dan nyanyian gembira kamu Kujadikan ratapan. Aku akan menyebabkan kamu mencukur rambut sebagai tanda sedih, dan memakai kain guni. Kamu akan menjadi seperti ibu bapa yang meratapi kematian anak lelaki tunggal. Hari itu akan berakhir dengan penuh kesedihan.


Kamu pemabuk akan dibakar seperti jerami kering, seperti semak duri yang berbelit-belit.


Tetapi Allah berkata kepadanya, ‘Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?’ ”


Pada waktu kamu melihat Abraham, Ishak, dan Yakub serta semua nabi bersukacita di Dunia Baru Allah, kamu akan menangis dan menderita kerana kamu diusir ke luar!


Tetapi malanglah kamu yang kaya sekarang ini, kerana kamu telah mengalami kenikmatan hidup!


Malanglah kamu jika semua orang memuji kamu, kerana demikian juga nenek moyang mereka memuji nabi-nabi palsu.”


Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal.


Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah.


Apabila orang berkata, “Semuanya aman dan tenteram,” pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak.


Hendaklah kamu menyesal, menangis, dan meratap! Hendaklah ketawa kamu menjadi tangisan dan kegembiraan kamu menjadi kedukaan!


Kamu berkata, ‘Kami kaya dan serba cukup; kami tidak kekurangan sesuatu pun.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sangat melarat dan keadaan kamu sangat menyedihkan! Kamu miskin, telanjang, dan buta.


Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan