Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 6:21 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

21 Berbahagialah kamu yang lapar sekarang; kamu akan dikenyangkan! Berbahagialah kamu yang menangis sekarang; kamu akan tertawa!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

21 Berbahagialah kamu yang lapar sekarang; kamu akan dikenyangkan! Berbahagialah kamu yang menangis sekarang; kamu akan tertawa!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 6:21
56 Iomraidhean Croise  

Abraham bersujud, tetapi dia tertawa ketika berfikir, “Mana mungkin seorang lelaki yang sudah berumur seratus tahun mendapat anak? Mana mungkin Sara melahirkan anak setelah berumur sembilan puluh tahun?”


Sara berkata, “Allah sudah membuat aku tertawa kerana gembira. Setiap orang yang mendengar hal ini akan tertawa bersama-samaku.”


Dia memuaskan orang yang dahaga, dan mengenyangkan orang lapar dengan segala yang baik.


Air mataku mengalir seperti sungai, kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.


Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu; aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.


Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah; dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.


TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.


kerana mereka berdosa. Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami, tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.


Di Bukit Sion ini, TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa di bumi. Dia akan menghidangkan makanan yang terbaik dan wain pilihan.


Kamu yang tinggal di Yerusalem tidak akan menangis lagi. TUHAN berbelas kasihan. Manakala kamu berseru minta tolong kepada-Nya, Dia akan menjawab.


Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem, hai kamu yang mengasihi kota itu. Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem sekarang, kamu semua yang menangisinya dahulu.


Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia, aku akan menangis dengan diam-diam kerana keangkuhan kamu. Aku akan menangis dengan pilu, air mataku akan berlinang kerana umat TUHAN telah ditawan musuh.


Aku akan menyegarkan mereka yang lelah, dan mengenyangkan mereka yang lemah kerana lapar.


Sambil menangis umat-Ku akan kembali, mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang. Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai, melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung. Aku seperti seorang bapa kepada Israel, Efraim ialah anak-Ku yang sulung.”


Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air, dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir, supaya aku dapat menangis siang dan malam, meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.


Ada orang yang lari ke gunung seperti burung merpati terbang dari lembah kerana takut. Mereka semua merintih kerana dosa mereka.


“Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu.”


Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka!


Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka!


Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.


Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata, “Berbahagialah kamu yang miskin; kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah!


Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan nama kamu kerana Anak Manusia!


Malanglah kamu yang kenyang sekarang ini, kerana kamu akan kelaparan! Malanglah kamu yang tertawa sekarang ini, kerana kamu akan berdukacita dan menangis!


Yesus menjawab, “Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu.”


“Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.


Sampai saat ini kami lapar dan haus; baju kami buruk; kami dipukul; kami tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap;


Aku bekerja mati-matian, kerap kali tidak makan, tidak minum dan tidak tidur, lapar, kesejukan kerana kurang pakaian dan tidak mempunyai tempat tinggal.


Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.


Walaupun kami menanggung sengsara, kami sentiasa bersukacita. Kami nampaknya miskin, tetapi kami sudah mengayakan kehidupan rohani banyak orang. Nampaknya kami tidak memiliki apa-apa, tetapi sebenarnya kami memiliki segala-galanya.


Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka.


Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan