Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 6:12 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

12 Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalam-malaman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

12 Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalam-malaman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 6:12
23 Iomraidhean Croise  

Allahku, ya Allahku, mengapakah Engkau meninggalkan aku? Aku berseru tetapi Engkau tetap jauh, dan tidak menolong aku.


Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam; aku mencari Engkau dengan segenap hati. Apabila Engkau menghakimi bumi kelak, penduduknya akan mengetahui makna keadilan.


Demikianlah Raja Darius menandatangani perintah itu.


Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya,


Tetapi apabila kamu berdoa, masuklah ke bilik dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak kelihatan itu. Bapa kamu yang mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu, akan memberikan pahala kepada kamu.


Esok paginya, ketika masih subuh, Yesus bangun lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke luar kota, ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.


Kemudian Yesus pergi ke kawasan berbukit. Dia memanggil semua orang yang dikehendaki-Nya. Mereka datang,


Setelah Yesus melihat orang ramai itu pergi, Dia pun pergi ke bukit untuk berdoa.


Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa.


Tetapi mereka sangat marah dan mula berunding sesama sendiri tentang apa yang boleh dilakukan oleh mereka terhadap Yesus.


Apabila Yesus turun dari bukit bersama-sama rasul-rasul itu, Dia berdiri di tempat yang rata dengan sebilangan besar pengikut-Nya. Di situ juga ada orang ramai yang datang dari seluruh Yudea, Yerusalem, kota Tirus dan Sidon yang di tepi laut.


Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?”


Kira-kira seminggu setelah Yesus mengatakan perkara-perkara itu, Dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobus ke sebuah bukit untuk berdoa.


Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan.


Kemudian Yesus naik ke atas bukit lalu duduk di situ dengan pengikut-pengikut-Nya.


Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah.


Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.


“Aku menyesal telah melantik Saul sebagai raja. Dia sudah membelakangi Aku dan tidak lagi taat kepada perintah-Ku.” Samuel marah, dan sepanjang malam dia merayu kepada TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan