Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 5:34 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

34 Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

34 Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 5:34
18 Iomraidhean Croise  

Berjanjilah, hai puteri-puteri Yerusalem, jika kamu menjumpai kekasihku, beritahulah dia bahawa aku sakit asmara.


Hai wanita yang paling jelita, ke manakah kekasihmu pergi? Katakanlah ke mana dia pergi, supaya kami dapat menolong kamu mencari dia.


Penciptamu seperti suami bagimu, nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa. Allah Israel, Allah yang suci ialah Penyelamat kamu, Dialah Allah penguasa seluruh dunia.


Sebagaimana seorang pemuda mengahwini seorang dara, demikianlah Penciptamu memperisteri engkau. Sebagaimana pengantin lelaki gembira melihat pengantin perempuan, demikian juga Allahmu menyukai engkau.


TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; kamu menang kerana kuasa-Nya. TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu; Dia memberi kamu hidup baru kerana Dia mengasihi kamu. Kamu menyukakan hati-Nya, maka Dia akan menyanyi dengan gembira,


Dia berkata, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti perumpamaan ini. Seorang raja mengadakan majlis perkahwinan untuk puteranya.


Yesus menjawab, “Adakah kamu berharap tetamu di jamuan perkahwinan berdukacita selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.


Beberapa orang berkata kepada Yesus, “Pengikut Yohanes dan pengikut orang Farisi kerap kali berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-Mu makan dan minum.”


Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka akan berpuasa.”


Pengantin perempuan kepunyaan pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki hanya menunggu dan mendengar, serta bersukacita apabila dia mendengar suara pengantin lelaki. Begitulah halnya dengan aku. Sekarang kegembiraanku sempurna.


Aku mengambil berat tentang kamu, seperti Allah pun mengambil berat tentang kamu. Kamu seperti anak dara yang suci yang sudah aku janjikan untuk dikahwinkan dengan seorang sahaja, iaitu Kristus.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan