Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 5:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 5:1
21 Iomraidhean Croise  

Dari sana sempadan itu turun ke Ribla di sebelah timur Ain, lalu terus ke bukit-bukit di pantai timur Tasik Galilea,


Sejak Yohanes Pembaptis mengkhabarkan beritanya sehingga saat ini, Pemerintahan Allah telah dilawan oleh orang ganas yang berusaha menguasainya dengan kekerasan.


Mereka menyeberangi tasik lalu tiba di Genesaret.


Orang begitu banyak sehingga Yesus menyuruh pengikut-Nya menyediakan perahu bagi-Nya, supaya Dia tidak terhimpit.


Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik.


Yesus pun pergi bersama-sama Yairus. Orang yang mengikut Yesus amat banyak sehingga Dia diasak dari semua sisi.


Mereka menyeberang tasik lalu tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu.


Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka.


Yesus nampak dua buah perahu di pantai itu, tetapi nelayan sudah meninggalkan perahu dan sedang mencuci jala.


Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, “Marilah kita menyeberang tasik.” Mereka pun bertolak.


Sedang mereka belayar, Yesus tidur. Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua.


Begitulah roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi. Kemudian kawanan babi itu lari ke tepi jurang dan terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.


Yesus bertanya, “Siapa menyentuh Aku?” Tiada orang yang mahu mengaku. Petrus berkata, “Guru, orang di sini banyak sekali; mereka berasak-asakan!”


Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus.


Selepas itu Yesus pergi ke seberang Tasik Galilea, yang juga disebut Tasik Tiberias.


Di sebelah barat, daerah mereka terbentang sampai ke Sungai Yordan, dari Tasik Galilea di utara sampai ke Laut Mati di selatan, dan sampai ke kaki Bukit Pisga di sebelah timur.


Janganlah lupa akan pemimpin-pemimpin kamu yang dahulu menyampaikan perkhabaran Allah kepada kamu. Ingatlah bagaimana mereka hidup dan mati, dan contohilah iman mereka.


termasuk juga Lembah Yordan, dari Tasik Galilea ke arah selatan sampai ke Bet-Yesimot (di sebelah timur Laut Mati) dan terus ke kaki Gunung Pisga.


Di Lembah Yordan, wilayah itu meliputi Bet-Haram, Bet-Nimra, Sukot, dan Zafon, iaitu kawasan lain kerajaan Raja Sihon dari Hesybon. Di sebelah barat, sempadan wilayah itu ialah Sungai Yordan, sampai ke Tasik Galilea di utara.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan