Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 4:6 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

6 “Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu,” kata Iblis kepada Yesus. “Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

6 “Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu,” kata Iblis kepada Yesus. “Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 4:6
15 Iomraidhean Croise  

Haman membanggakan diri di hadapan mereka - betapa kayanya dia, betapa banyaknya anak lelakinya, betapa pentingnya kedudukan yang diterimanya daripada raja, dan tingginya pangkatnya daripada pegawai lain.


TUHAN Yang Maha Kuasa telah merancangkannya, supaya Dia dapat mengakhiri kesombongan mereka yang sentiasa membangga-banggakan perbuatan mereka, serta menghina orang yang terhormat.


Mulut alam maut terbuka lebar-lebar untuk menelan orang bangsawan di Yerusalem bersama-sama rakyat jelata yang ramai-ramai bersuka ria.


Semua ini akan menjadi milik-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku. ”


Tibalah saatnya dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini akan digulingkan.


Aku tidak boleh berkata-kata lebih lama lagi dengan kamu, kerana sudah tiba masanya penguasa dunia ini datang. Dia tidak berkuasa atas diri-Ku.


Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta.


Hal itu tidak menghairankan! Iblis pun dapat menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang.


Pada masa itu hidup kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkasa, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat kepada Allah.


Di dalam Alkitab tertulis, “Umat manusia bagaikan rumput, dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput. Rumput layu, bunga pun gugur;


Kita tahu bahawa kita milik Allah, meskipun seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.


Naga besar itu dibuang dari syurga. Itulah ular tua yang bernama Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia. Dia dibuang ke bumi dengan semua malaikatnya.


Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.


Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan