Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 4:32 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

32 Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

32 Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 4:32
15 Iomraidhean Croise  

Semua orang yang mendengarkan Dia kagum dengan cara Dia mengajar, kerana Dia mengajar dengan kewibawaan, tidak seperti guru Taurat.


Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak.


Di rumah ibadat itu ada seorang yang dirasuk roh jahat. Orang itu memekik dengan suara kuat,


Semua orang hairan dan bercakap sesama sendiri, “Alangkah hebat kata-katanya. Dengan wibawa dan kuasa, dia memerintah roh-roh jahat keluar lalu roh-roh itu pun keluar!”


Yang menyebabkan manusia hidup ialah Roh Allah. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat melakukannya. Kata-kata yang Aku katakan kepada kamu datangnya daripada Roh Allah yang memberikan hidup.


Para pengawal itu menjawab, “Belum pernah seseorang berkata-kata seperti dia!”


Kami tidak menggunakan cara gelap yang memalukan; kami tidak berusaha untuk menipu orang ataupun memutarbalikkan firman Allah. Allah saksi kami bahawa kami mengisytiharkan ajaran benar daripada Berita Baik secara terang-terang. Dengan perbuatan itu, kami berharap semua orang akan menilai kami dengan baik dalam hati mereka.


Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar. Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu.


Ajarkanlah semua perkara itu, dan dengan penuh wibawa hendaklah engkau menggalakkan dan menegur para pendengarmu. Janganlah biarkan seorang pun memandang rendah kepadamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan