Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 4:15 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

15 Yesus mengajar di rumah ibadat dan Dia dipuji oleh semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

15 Yesus mengajar di rumah ibadat dan Dia dipuji oleh semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 4:15
10 Iomraidhean Croise  

Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap; pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu, tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu. Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suci akan melaksanakan segala perkara ini; Aku akan mengagungkan kamu.”


lalu balik ke kampung halaman-Nya. Di sana Dia mengajar di rumah ibadat, dan orang yang mendengar-Nya hairan. Mereka bertanya, “Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan seperti itu? Dari manakah dia mendapat kuasa untuk melakukan mukjizat?


Yesus menjelajah seluruh negeri Galilea. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah. Dia menyembuhkan banyak orang sakit yang menderita berbagai-bagai penyakit.


Demikianlah Yesus pergi dari satu bandar ke bandar lain dan dari satu pekan ke pekan lain. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah akan memerintah. Dia menyembuhkan orang daripada berbagai-bagai penyakit.


Apabila orang di situ nampak kejadian itu, mereka ketakutan dan memuji Allah kerana Allah sudah memberikan kuasa yang begitu besar kepada manusia.


Semua orang sangat hairan sehingga mereka bercakap sesama sendiri, “Apakah ini suatu ajaran baru? Orang ini berkuasa memerintah roh jahat dan roh jahat taat kepada-Nya!”


Demikianlah Yesus menjelajah seluruh Galilea dan berkhutbah di rumah ibadat serta mengusir roh-roh jahat.


Tetapi orang itu pergi dan mula menyebarkan berita itu di mana-mana. Dia terus-menerus menceritakan hal itu sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar secara terang-terangan. Yesus tinggal di luar bandar di tempat-tempat yang sunyi, tetapi orang dari berbagai-bagai tempat datang kepada-Nya.


Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat.


Kemudian Yesus pergi ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat, seperti biasa Yesus pergi ke rumah ibadat. Dia berdiri untuk membaca Alkitab,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan