Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 23:41 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

41 Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

41 Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 23:41
19 Iomraidhean Croise  

Dalam penderitaannya Raja Manasye merendahkan diri, lalu kembali kepada TUHAN, Allahnya, dan berdoa memohon pertolongan-Nya.


Sekarang Engkau telah menghukum kami kerana segala dosa dan pelanggaran kami terhadap hukum-Mu. Tetapi kami tahu ya Allah kami, bahawa hukuman-Mu itu jauh lebih ringan daripada yang setimpal dengan perbuatan kami; malahan Engkau telah menyelamatkan kami.


Selama kira-kira tiga jam, kitab Taurat TUHAN, Allah mereka dibacakan kepada mereka, dan selama tiga jam berikutnya mereka mengakui dosa dan menyembah TUHAN, Allah mereka.


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosa bangsaku di hadapan-Nya. Aku berkata, “Ya Tuhan Allah, Engkau besar, dan kami menghormati Engkau. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan Engkau sentiasa mengasihi orang yang mengasihi Engkau dan yang mentaati perintah-Mu.


Sementara Pilatus duduk di balai pengadilan, isterinya mengirim berita kepadanya, “Janganlah turut campur perkara orang yang tidak bersalah itu, kerana saya mendapat mimpi buruk tentang dia.”


Apabila Pilatus sedar bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan bahawa orang ramai mungkin merusuh, dia mengambil air lalu membasuh tangan di hadapan orang ramai. Dia berkata, “Aku tidak bertanggungjawab terhadap kematian orang ini! Kamulah yang bertanggungjawab!”


Dia berkata, “Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah sehingga dihukum mati!” Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak peduli! Itu urusanmu!”


Apabila ketua askar dan askar-askar yang sedang mengawal Yesus nampak gempa bumi dan segala perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata, “Dia betul-betul Anak Allah!”


Tetapi penjahat yang seorang lagi menegur dia dan berkata, “Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati.


Lalu dia berkata kepada Yesus, “Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuan menjadi Raja!”


Kamulah saksi kami, demikian juga Allah. Kelakuan kami suci, benar, dan tidak bercela terhadap kamu yang percaya kepada Kristus.


Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.


tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela.


Apabila Dia dicerca, Dia tidak membalas dengan cercaan. Pada waktu Dia menanggung penderitaan, Dia tidak mengancam orang, tetapi Dia mempercayakan diri kepada Allah, Hakim yang adil itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan