Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 23:2 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

2 Di situ mereka mula menuduh Dia dan berkata, “Kami dapati orang ini menyesatkan rakyat. Dia menghasut orang ramai supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan dia mengaku diri sebagai Kristus, seorang raja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

2 Di situ mereka mula menuduh Dia dan berkata, “Kami dapati orang ini menyesatkan rakyat. Dia menghasut orang ramai supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan dia mengaku diri sebagai Kristus, seorang raja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 23:2
33 Iomraidhean Croise  

Apabila Raja Ahab nampak Elia, Raja Ahab bertitah, “Ini dia si pengacau di Israel!”


Saksi-saksi jahat menuduh aku, kerana perkara yang tidak aku ketahui.


Sampai bilakah kamu semua akan menyerang seorang yang lemah seperti pagar yang hampir roboh, dan seperti dinding yang miring?


Aku mendengar orang berbisik di mana-mana, “Ketakutan merajalela! Mari laporkan dia kepada yang berkuasa!” Bahkan semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku. Mereka berkata, “Mungkin dengan penipuan, dia dapat kita kalahkan, supaya dapatlah kita membalas dendam kepadanya.”


Lalu pegawai-pegawai itu menghadap raja dan berkata, “Orang ini mesti dihukum mati. Oleh sebab ucapannya itu, tentera kota ini akan lemah semangat, demikian juga setiap orang yang masih tinggal di kota ini. Dia tidak menolong rakyat; sebaliknya dia menyusahkan mereka.”


Amazia, imam di Betel, mengirim laporan ini kepada Raja Yerobeam dari Israel, “Amos sedang berpakat dengan rakyat untuk melawan tuanku. Kata-katanya yang menghasut rakyat akan menyebabkan negeri ini hancur.


Aku hilang kesabaran terhadap tiga orang gembala lain yang membenci aku. Oleh itu aku mengusir mereka dalam masa satu bulan.


Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita.”


“Kaisar,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”


Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus, dan Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” “Begitulah yang tuan katakan,” jawab Yesus.


“Jika demikian,” kata Yesus, “berikan apa yang dimiliki oleh Kaisar kepada Kaisar, lalu berikan apa yang dimiliki oleh Allah kepada Allah.” Mereka kagum mendengar kata-kata Yesus.


Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”


Dia berkata kepada mereka, “Kamu membawa orang ini kepadaku dan berkata bahawa dia menyesatkan rakyat. Aku sudah menyoal dia di sini di hadapan kamu, dan tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sebagaimana yang kamu tuduhkan kepadanya.


Tetapi mereka berulang kali berkata, “Dengan ajarannya, orang ini menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak; dia memulakannya di Galilea dan sekarang sudah sampai di sini pula.”


Oleh itu Pilatus keluar untuk menjumpai mereka. Dia bertanya, “Apakah tuduhan kamu terhadap orang ini?”


Mereka menjawab, “Kami tidak akan membawa dia menghadap tuan jika dia tidak bersalah.”


Apabila Pilatus mendengar kata-kata ini, dia berusaha untuk membebaskan Yesus. Tetapi semua orang Yahudi di situ berseru, “Jika tuan membebaskan dia, tuan bukan sahabat Kaisar. Sesiapa yang mengaku dirinya raja, melawan Kaisar!”


Mereka pun tidak dapat membuktikan tuduhan yang dikemukakan kepada tuan terhadap saya.


Kami dapati orang ini pengacau yang berbahaya. Dia menimbulkan kekacauan di kalangan orang Yahudi di seluruh dunia dan dia pemimpin kumpulan orang Nasaret.


Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan