Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 23:11 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

11 Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghina Yesus. Mereka mengenakan jubah yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

11 Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghina Yesus. Mereka mengenakan jubah yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 23:11
16 Iomraidhean Croise  

Mereka berseru kepada-Mu dan Engkau menjauhkan mereka daripada bahaya; mereka percaya kepada-Mu dan tidak dikecewakan.


Allah Israel, Allah yang suci, Penyelamat Israel berfirman kepada orang yang sangat dihina, yang dibenci oleh bangsa-bangsa, yang menjadi hamba penguasa-penguasa, “Raja-raja akan melihat perbuatan-Ku, lalu berdiri untuk memberikan hormat. Para penguasa juga akan melihat hal itu, lalu sujud untuk memberikan hormat.” Hal ini akan berlaku kerana TUHAN telah memilih hamba-Nya; Allah Israel, Allah yang suci menepati janji-Nya.


Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia.


Pada masa itulah Herodes, penguasa negeri Galilea, mendengar berita tentang Yesus.


Herodes menyangka demikian kerana sebelum itu Herodes memberikan perintah supaya Yohanes ditangkap, dirantai lalu dimasukkan ke dalam penjara. Herodes berbuat demikian kerana Herodias itu, isteri Filipus, saudaranya.


Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan para hadirin dan menghiburkan hati Herodes.


Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. Tetapi, mengapa di dalam Alkitab tertulis bahawa Anak Manusia akan mengalami banyak penderitaan serta dihina orang?


Semua ketua imam dan guru Taurat yang di situ maju ke hadapan dan mendakwa Yesus dengan berbagai-bagai tuduhan yang berat.


Demikianlah Yesus keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu. Pilatus berkata kepada mereka, “Lihatlah orang ini!”


Andaikan dua orang datang ke pertemuan kamu, yang seorang kaya dan berpakaian indah serta memakai cincin emas; yang seorang lagi miskin dan memakai pakaian buruk.


Dengan hormat kamu menyambut orang kaya itu dan berkata kepadanya, “Silakan duduk di tempat yang terbaik ini.” Tetapi kamu berkata kepada orang miskin itu, “Berdirilah di sana, atau duduk di lantai dekat kakiku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan