Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 22:44 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

44 Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

44 Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 22:44
16 Iomraidhean Croise  

TUHAN berfirman, “Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku; dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa. Oleh itu dia akan panjang umur; dia akan melihat keturunannya, dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.


“Pandanglah aku,” serunya kepada setiap orang yang lalu di situ. “Belum pernah sesiapa pun menderita seperti aku, penderitaan yang didatangkan oleh TUHAN kepadaku kerana kemurkaan-Nya.


Selepas berdoa, Yesus balik kepada pengikut-pengikut-Nya. Dia mendapati mereka tidur kerana penat dan terlalu sedih.


“Hati-Ku gelisah. Apa yang akan Aku katakan? Haruskah Aku berkata, ‘Bapa, jauhkanlah Aku daripada saat penderitaan ini’? Tidak. Aku datang justeru untuk mengalami saat penderitaan ini.


Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain?


Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan