Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 22:41 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

41 Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

41 Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 22:41
9 Iomraidhean Croise  

Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”


Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu.


Orang Farisi itu berdiri sendirian dan berdoa, ‘Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah, kerana aku tidak seperti orang lain yang tamak, suka menipu atau berzina. Aku bersyukur kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini.


Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’ ”


Apabila Paulus selesai berkata-kata, dia berlutut dengan mereka semua lalu berdoa.


Tetapi apabila tiba masanya kami melanjutkan perjalanan, kami pun berangkat. Semua pengikut Yesus itu bersama-sama anak dan isteri mereka menghantar kami sampai ke luar kota. Di tepi pantai kami semua berlutut lalu berdoa.


Lalu dia berlutut dan berseru dengan suara keras, “Ya Tuhan, ampunkanlah dosa mereka!” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal.


Petrus menyuruh mereka semua keluar. Lalu dia berlutut dan berdoa. Kemudian dia menghampiri jenazah itu dan berkata, “Tabita, bangunlah!” Tabita membuka matanya dan apabila dia nampak Petrus, dia pun duduk.


Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan