Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 22:18 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

18 Ketahuilah, mulai sekarang Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga Allah memerintah dengan sepenuhnya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

18 Ketahuilah, mulai sekarang Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga Allah memerintah dengan sepenuhnya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 22:18
22 Iomraidhean Croise  

dan menghasilkan wain untuk menghiburkan hati, minyak zaitun untuk menyerikan muka, dan makanan untuk memberikan tenaga.


Aku datang ke tamanku, hai kekasih dan pengantinku, aku mengumpulkan mur dan rempahku; aku makan madu dan sarang lebah maduku, aku minum susu dan wainku. Makanlah, hai sahabat-sahabat, dan minumlah sehingga kamu mabuk asmara.


Di Bukit Sion ini, TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa di bumi. Dia akan menghidangkan makanan yang terbaik dan wain pilihan.


TUHAN berfirman, “Marilah, setiap orang yang haus, minumlah air yang tersedia. Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang, terimalah gandum dan makanlah. Mari! Terimalah wain dan susu, tanpa membayar apa-apa.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan melindungi umat-Nya, mereka akan membinasakan musuh. Mereka akan memekik seperti orang mabuk memekik, sambil menumpahkan darah musuh; darah musuh akan mengalir seperti darah korban, yang dicurahkan di atas mazbah dari sebuah mangkuk.


Alangkah baik dan indahnya negeri itu kelak! Pemuda dan pemudi akan bertambah kuat; gandum dan wain menguatkan mereka.


Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya!


Percayalah, Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga hari itu apabila Aku minum wain baru bersama-sama kamu di Dunia Baru Bapa-Ku.”


Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya. Kemudian mereka semua minum dari cawan itu.


Percayalah, Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga hari itu apabila Aku minum wain baru di Dunia Baru Bapa-Ku.”


Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi Dia tidak mahu meminumnya.


Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah dengan penuh kuasa!”


Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah.


Percayalah, Aku tidak akan memakannya lagi sehingga makna perjamuan ini dinyatakan di Dunia Baru Allah.”


Ketahuilah, ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah.”


Allah sudah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan, dan memindahkan kita ke bawah pemerintahan Anak-Nya yang dikasihi-Nya.


Tetapi pokok anggur itu menjawab, ‘Aku tidak dapat berhenti menghasilkan wain yang menyukakan hati dewa dan manusia, semata-mata untuk memerintah kamu.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan