Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 21:6 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

6 “Akan tiba masanya apabila semua yang kamu lihat ini akan dirobohkan. Tidak ada satu batu pun akan tinggal tersusun pada tempatnya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

6 “Akan tiba masanya apabila semua yang kamu lihat ini akan dirobohkan. Tidak ada satu batu pun akan tinggal tersusun pada tempatnya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 21:6
20 Iomraidhean Croise  

“Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa, ‘Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan, dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’


Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”


Mengapa engkau berani berkata demi nama TUHAN bahawa Rumah-Nya ini akan menjadi seperti Silo, dan bahawa kota ini akan dimusnahkan dan menjadi tempat yang tidak didiami lagi?” Kemudian orang ramai berkerumun di sekeliling aku.


Emas yang berkilauan telah menjadi pudar; batu-batu Rumah TUHAN bertaburan di jalan.


kerana Bukit Sion lengang dan terbiar, anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.


Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.


Hai Lebanon, bukalah pintu-pintumu, supaya api dapat membakar pokok sedarmu.


TUHAN akan mengumpulkan semua bangsa untuk memerangi Yerusalem. Kota itu akan direbut, rumah-rumahnya dijarah, dan kaum wanitanya dirogol. Separuh penduduknya akan dibuang negeri, tetapi yang selebihnya tidak akan dipindahkan dari kota itu.


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”


Yesus menjawab, “Kamu melihat bangunan-bangunan yang indah ini, bukan? Satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya. Semuanya akan dirobohkan.”


Mereka bertanya kepada Yesus, “Guru, bilakah perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan