Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 21:26 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

26 Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

26 Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 21:26
10 Iomraidhean Croise  

Apabila masanya tiba kelak, tempikan mereka terhadap Israel sekeras deru laut. Lihatlah, seluruh negeri itu diliputi kegelapan dan kecemasan! Cahaya menjadi kegelapan!


Aku akan menyebabkan kamu yang dibuang di negeri orang begitu takut, sehingga bunyi daun yang ditiup angin pun menyebabkan kamu lari. Kamu akan lari seolah-olah dikejar oleh musuh dalam pertempuran, dan kamu akan jatuh walaupun tidak ada musuh dekat kamu.


“Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya.


Bintang-bintang akan jatuh dari langit dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya.


“Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.


Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan