Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 21:25 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

25 “Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

25 “Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 21:25
26 Iomraidhean Croise  

Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;


Setiap bintang dan gugusan bintang akan berhenti bersinar. Matahari akan menjadi gelap pada waktu fajar, dan bulan tidak akan bersinar.


Bangsa-bangsa yang kuat menjadi riuh, dan gemuruhnya seperti gelora ombak laut yang kuat.


Bulan akan menjadi gelap dan matahari tidak lagi bercahaya, kerana TUHAN Yang Maha Kuasa akan menjadi raja. Dia akan memerintah di Bukit Sion di Yerusalem, dan menyatakan kemuliaan-Nya kepada para pemimpin umat-Nya.


Apabila masanya tiba kelak, tempikan mereka terhadap Israel sekeras deru laut. Lihatlah, seluruh negeri itu diliputi kegelapan dan kecemasan! Cahaya menjadi kegelapan!


Akulah TUHAN, Allah kamu; Akulah yang menggelorakan laut sehingga ombaknya berderu. Nama-Ku TUHAN Yang Maha Kuasa!


Aku memandang bumi - nampaknya kosong dan gersang. Aku menengadah ke langit - tidak ada yang terang.


Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.


Bahkan orang yang terbaik dan paling jujur antara mereka pun seperti rumput yang tidak berguna. Masanya sudah tiba apabila Allah akan menghukum umat ini, sebagaimana Dia memberikan amaran kepada mereka melalui para nabi yang bertugas sebagai penjaga. Keadaan mereka sekarang kacau-bilau.


“Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya.


Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap.


“Selepas masa kesusahan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya.


Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan besar dan kemuliaan.


Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap.


Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.”


Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.


Aku akan melakukan mukjizat di atas sana, di langit, dan keajaiban di bawah sini, di bumi. Kelak akan ada darah, api, dan asap tebal;


Kemudian aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan