LUKAS 21:24 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible24 Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible24 Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.” Faic an caibideil |
dan sedar bahawa Akulah yang menghukum mereka. Tetapi Aku akan menyelamatkan sebahagian daripada mereka, dan mengirim mereka kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri jauh, yang belum pernah mendengar tentang kemasyhuran-Ku, ataupun melihat kebesaran-Ku dan kuasa-Ku. Aku akan mengirim mereka ke Sepanyol, Libia dan Lidia dengan para pemanahnya yang cekap, dan juga ke Tubal dan Yunani. Mereka akan mengisytiharkan kebesaran-Ku antara bangsa-bangsa itu.
Raja itu akan membuat perjanjian yang kukuh dengan banyak orang selama tujuh tahun. Pada pertengahan jangka masa itu, raja itu akan menghentikan segala korban dan persembahan. Kemudian sesuatu yang disebut ‘Bencana Yang Dahsyat’ akan diletakkan di Rumah TUHAN, dan tetap di situ sehingga orang yang meletakkannya menemui kebinasaan yang telah ditentukan oleh Allah baginya.”
Saudara-saudaraku! Aku ingin kamu mengetahui suatu kebenaran yang belum diketahui orang. Jika kamu mengetahui perkara itu, kamu tidak akan menganggap diri kamu sangat bijak. Ketahuilah bahawa kedegilan umat Israel itu untuk sementara sahaja; sikap itu berlaku sehingga lengkap bilangan orang bukan Yahudi yang datang kepada Allah.