Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 21:16 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

16 Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

16 Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 21:16
14 Iomraidhean Croise  

Engkau telah dikhianati bahkan oleh sanak saudaramu sendiri; mereka ikut menyerang engkau. Janganlah percaya kepada mereka, meskipun kata-kata mereka manis belaka.”


Setiap orang harus waspada terhadap kawan; saudara sekandung pun tidak dapat dipercayai. Mereka seperti Yakub yang menipu saudaranya, dan setiap orang memfitnah kawannya.


Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh; bapa pun akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anak-anak akan melawan ibu bapa, lalu menyerahkan mereka supaya dibunuh.


Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh. Bapa juga akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anak-anak akan melawan ibu bapa dan menyerahkan mereka supaya dibunuh.


Bapa akan melawan anak lelaki dan anak lelaki akan melawan bapa. Ibu akan melawan anak perempuan dan anak perempuan akan melawan ibu. Ibu mentua akan melawan menantu perempuan dan menantu perempuan akan melawan ibu mentua.”


Aku akan memberikan kata-kata dan kebijaksanaan kepada kamu, sehingga tiada seorang musuh pun dapat melawan atau menafikan kata-kata kamu.


Semua orang akan membenci kamu kerana Aku,


Dengan perintah Raja Herodes, Yakobus, saudara Yohanes dipenggal kepalanya.


Sementara mereka melempari Stefanus dengan batu, Stefanus berseru kepada Tuhan, “Tuhan Yesus, terimalah diriku!”


Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.


Aku mengetahui tempat kamu tinggal; di situlah Iblis bertakhta. Kamu setia kepada-Ku. Kamu bahkan tidak menafikan kepercayaan kamu kepada-Ku, semasa Antipas, saksi-Ku yang setia itu dibunuh di tempat Iblis tinggal.


Kemudian Anak Domba itu memecahkan meterai kelima. Di bawah mazbah aku nampak roh-roh orang yang mati terbunuh. Mereka dibunuh kerana mengisytiharkan firman Allah dengan setia melalui kesaksian mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan