Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 2:32 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

32 bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

32 bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 2:32
22 Iomraidhean Croise  

Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah; Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya, jika kita tidak kembali berbuat dosa.


Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur.


Masanya akan tiba apabila TUHAN membuat tiap-tiap tumbuhan dan pokok di negeri itu tumbuh dengan besar dan indah. Semua penduduk Israel yang selamat akan bersukacita dan bangga akan hasil bumi negeri itu.


Aku, TUHAN akan menyelamatkan semua keturunan Yakub, dan mereka akan memuji Aku.


TUHAN berfirman kepadaku, “Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku. Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat, tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsa supaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”


Aku akan berkata kepada orang tawanan, ‘Keluarlah!’ dan kepada orang dalam kegelapan, ‘Marilah ke tempat yang terang!’ Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan, bahkan di bukit yang gondol pun mereka tidak kekurangan.


Dengarlah Aku, hai umat-Ku, dengarlah firman-Ku: Aku memberikan ajaran-Ku kepada bangsa-bangsa, dan hukum-Ku akan menerangi mereka.


Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari, bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari; Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu; Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.


Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar, Engkau membahagiakan mereka. Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu, seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, atau membahagi-bahagikan barang jarahan.


Tiada bangsa mana pun yang pernah menggantikan tuhannya, walaupun tuhan-tuhan itu bukan Allah sebenarnya. Tetapi umat-Ku telah menggantikan Aku, Allah yang telah memberikan mereka kedudukan yang mulia, dengan sesuatu yang tidak dapat melakukan apa-apa.


TUHAN telah berjanji bahawa Dia sendiri akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya, dan Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya.”


Bangsa yang hidup dalam kegelapan akan nampak cahaya yang gemilang! Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut, cahaya itu akan bersinar!”


Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang.


Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa;


Mereka mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah harus mengalami penderitaan, dan menjadi orang pertama yang bangkit daripada kematian. Dengan demikian Dia mengisytiharkan penyelamatan kepada orang Yahudi dan bukan Yahudi. Penyelamatan itu seperti cahaya bagi mereka.”


Akhirnya Paulus berkata, “Saudara-saudara harus tahu bahawa perkhabaran tentang penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah, sekarang sudah dikhabarkan kepada orang bukan Yahudi. Mereka akan menerimanya!” [


Oleh itu, seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Sesiapa mahu berbangga, dia harus berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan.”


Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Allah meneranginya, dan Anak Domba itu lampunya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan