Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 19:44 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

44 Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

44 Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 19:44
19 Iomraidhean Croise  

Berbahagialah orang yang merampas bayi kamu lalu menghempaskan mereka pada batu!


Apa yang akan kamu lakukan apabila Allah menghukum kamu kelak? Apa yang akan kamu lakukan apabila Dia mendatangkan bencana dari negeri yang jauh? Kepada siapakah kamu akan lari minta pertolongan? Di mana akan kamu sembunyikan kekayaan kamu?


Allah akan menyerang kota itu dan mengepungnya.


Aku telah menentukan masanya untuk mendatangkan malapetaka kepada penduduk Anatot; apabila masanya tiba, tiada seorang pun akan terselamat.”


Kehormatannya tiada lagi; dia bertelanjang dan dihina. Dia mengerang dan menyembunyikan muka kerana malu, Yerusalem telah menajiskan diri dengan dosa yang keji.


Tujuh kali tujuh puluh tahun ialah jangka masa yang telah ditentukan Allah untuk membebaskan bangsamu dan kotamu yang suci itu daripada dosa dan kejahatan. Dosa akan diampunkan dan keadilan yang kekal akan ditegakkan, agar penglihatan dan nubuat itu menjadi kenyataan, dan agar Rumah TUHAN yang suci ditahbiskan semula.


Pada akhir jangka masa itu, pemimpin yang dipilih oleh Allah itu akan dibunuh walaupun dia tidak bersalah. Kota Yerusalem dan Rumah TUHAN akan dimusnahkan oleh pasukan tentera seorang raja yang berkuasa. Akhir jangka masa itu akan tiba seperti banjir yang membawa peperangan dan kemusnahan yang telah ditentukan oleh Allah.


Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”


Yesus menjawab, “Kamu melihat bangunan-bangunan yang indah ini, bukan? Satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya. Semuanya akan dirobohkan.”


“Marilah kita memuji Tuhan, Allah bangsa Israel! Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya dan membebaskan mereka.


Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian.”


Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya.


“Akan tiba masanya apabila semua yang kamu lihat ini akan dirobohkan. Tidak ada satu batu pun akan tinggal tersusun pada tempatnya!”


Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan