Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 19:42 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

42 Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

42 Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 19:42
35 Iomraidhean Croise  

Oleh itu semua umat-Mu yang setia haruslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan; apabila banjir kesusahan melanda, mereka tidak ditimpanya.


Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka, dan berbuat sesuka hati mereka.


Orang seperti itu terlalu bodoh untuk memahami perbuatan mereka itu. Mereka memejamkan mata dan menutup fikiran sehingga tidak mengetahui apa yang benar.


Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku, tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putus seperti sungai yang tidak pernah kering. Kamu akan terus-menerus berjaya seperti ombak laut yang tidak berhenti.


Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat; berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.


Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia, aku akan menangis dengan diam-diam kerana keangkuhan kamu. Aku akan menangis dengan pilu, air mataku akan berlinang kerana umat TUHAN telah ditawan musuh.


Beritahulah mereka bahawa demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. Hai Israel, berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?


Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya.


Masanya akan tiba apabila musuh mengelilingimu dengan sekatan. Mereka akan mengepung dan mengasak kamu dari segala arah.


Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”


Saudara-saudara tahu akan perkhabaran yang disampaikan oleh Allah kepada bangsa Israel. Khabar itu Berita Baik tentang kedamaian melalui Yesus Kristus, Tuhan semua orang.


Tetapi Paulus dan Barnabas berkata-kata dengan lebih berani lagi. Mereka berkata, “Firman Allah memang harus disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Tetapi kerana kamu menolak firman-Nya, dan menganggap diri kamu tidak layak menerima hidup sejati dan kekal, kami akan meninggalkan kamu lalu pergi kepada bangsa lain.


Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan, mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.


Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya.


Oleh itu, supaya tidak seorang pun di kalangan kamu ditipu oleh dosa lalu menjadi keras kepala, setiap hari kamu mesti saling menasihati selama kita masih hidup dalam zaman yang disebut “Hari Ini” di dalam Alkitab.


Inilah yang tertulis di dalam Alkitab, “Jika pada hari ini kamu mendengar suara Allah, janganlah berkeras kepala seperti nenek moyang kamu, ketika mereka memberontak terhadap Allah.”


Oleh itu, seperti kata Roh Allah, “Jika pada hari ini kamu mendengar suara Allah,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan