Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 19:41 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

41 Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

41 Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 19:41
14 Iomraidhean Croise  

Kemudian Elisa menatap Hazael dengan pandangan yang tajam sehingga Hazael berasa gelisah. Tiba-tiba Elisa menangis.


Air mataku mengalir seperti sungai, kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.


Aku benci melihat pengkhianat-pengkhianat itu, kerana mereka tidak mematuhi perintah-Mu.


Aku sangat marah kepada orang jahat apabila mereka melanggar Taurat-Mu.


Tinggalkanlah aku seorang diri untuk meratapi semua orangku yang telah mati. Jangan cuba menghibur aku.


TUHAN akan bangkit di Gunung Perazim dan di Lembah Gibeon seperti yang dilakukan-Nya dahulu. Dia akan melaksanakan kehendak-Nya walaupun kelihatannya sangat aneh. Dia akan menyelesaikan pekerjaan-Nya yang menakjubkan itu.


Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia, aku akan menangis dengan diam-diam kerana keangkuhan kamu. Aku akan menangis dengan pilu, air mataku akan berlinang kerana umat TUHAN telah ditawan musuh.


Tetapi, ya TUHAN, tidak pernah aku mendesak Engkau untuk mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Aku tidak juga mengingini kesusahan menimpa mereka. Engkau tahu hal itu, ya TUHAN. Engkau tahu apa yang kukatakan.


Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air, dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir, supaya aku dapat menangis siang dan malam, meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.


Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu; Aku tidak mungkin meninggalkan kamu. Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma, atau menghukum kamu seperti Zeboim? Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.


Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan