Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 18:30 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

30 akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda pada masa ini, dan pada zaman yang akan datang dia akan menerima hidup sejati dan kekal.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

30 akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda pada masa ini, dan pada zaman yang akan datang dia akan menerima hidup sejati dan kekal.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 18:30
19 Iomraidhean Croise  

Kemudian, selepas Ayub berdoa untuk ketiga-tiga orang sahabatnya, TUHAN menjadikan Ayub kaya semula, dan memberi dia kekayaan dua kali ganda daripada yang pernah dimilikinya.


Betapa manisnya peraturan-Mu; lebih manis daripada madu!


Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya; perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.


Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas, lebih daripada emas murni.


Janji-Mu membahagiakan aku, seperti orang yang menemukan harta.


Bagiku, Taurat-Mu lebih berharga daripada segala kekayaan di dunia.


Sedikit barang yang dimiliki orang baik lebih berharga daripada kekayaan semua orang jahat,


Sesiapa yang dengan kata-katanya menentang Anak Manusia dapat diampuni, tetapi sesiapa yang menghina Roh Allah tidak dapat diampuni, baik sekarang mahupun di akhirat!”


Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri Siria, sehingga mereka yang menderita berbagai-bagai penyakit dan kesusahan dibawa kepada-Nya. Lalu Yesus menyembuhkan semua orang yang dirasuk roh jahat, yang sakit gila babi, dan yang lumpuh. Mereka semua disembuhkan oleh Yesus.


Latihan jasmani ada faedahnya, tetapi latihan rohani sangat berfaedah dalam segala hal, kerana latihan rohani memberikan faedah kepada hidup kita baik sekarang mahupun pada masa yang akan datang.


Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki.


Janganlah takut akan penderitaan yang tidak lama lagi akan kamu alami. Ketahuilah! Iblis akan menguji kamu. Dia akan memasukkan beberapa orang daripada kamu ke dalam penjara. Kamu akan mengalami penderitaan selama sepuluh hari. Hendaklah kamu setia kepada-Ku sampai mati, dan Aku akan mengurniai kamu hidup sejati dan kekal sebagai hadiah kemenangan.


Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang akan Aku kurniai manna yang tersembunyi. Aku juga akan mengurniai setiap orang daripada mereka seketul batu putih. Batu itu ditulisi nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun, kecuali orang yang menerimanya.”


Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan