Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 18:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 18:13
45 Iomraidhean Croise  

Raja Daud bertitah kepada Natan, “Sesungguhnya beta sudah berdosa terhadap TUHAN.” Natan menjawab, “TUHAN sudah mengampuni tuanku, dan tuanku tidak akan mati.


Doa raja dan jawapan Allah bagi doa itu, dosa raja sebelum baginda bertaubat, perbuatannya yang jahat, tempat penyembahan berhala dan lambang-lambang Dewi Asyera yang dibuatnya, serta berhala-berhala yang disembahnya, telah dicatat di dalam kitab Sejarah Nabi-Nabi.


Tetapi Raja Amon tidak merendahkan diri seperti ayahandanya dan tidak kembali kepada TUHAN, malahan baginda lebih berdosa daripada ayahandanya.


Saya berkata, “Ya Allahku, aku terlalu malu hendak mengangkat kepala di hadapan-Mu. Dosa kami bersusun-susun di atas kepala sehingga sampai di langit.


Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”


Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami; kami jahat dan keji.


Ya TUHAN, tunjukkanlah kasih-Mu kepadaku; selamatkanlah aku menurut janji-Mu.


Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.


Ya TUHAN, ampunilah aku sesuai dengan janji-Mu, kerana besarlah dosaku.


Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku. Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.


Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku; peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.


TUHAN akan menolong mereka ketika mereka sakit dan memulihkan kesihatan mereka.


Sebaik sahaja umat melihat tiang awan di pintu Khemah TUHAN, mereka bersujud.


TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.


Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!”


Aku sendiri yang menciptakan alam semesta. Aku suka kepada orang yang rendah hati dan bertaubat, yang takut dan taat kepada-Ku.


Aku akan mengampunkan segala kesalahanmu, tetapi engkau akan mengingatnya dan berasa terlalu malu sehingga engkau tidak berani membuka mulut.” TUHAN Raja telah berfirman.


Kami telah berdosa. Kami telah melakukan kejahatan. Kami telah berbuat salah. Kami telah melanggar perintah-Mu, dan menyimpang daripada peraturan-Mu.


Filipus dan Bartolomeus; Tomas dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus dan Tadius;


“Apabila kamu berdoa, jangan seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran mereka.


Carilah makna ayat Alkitab ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan dan bukan korban binatang.’ Itulah sebabnya Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang dihina masyarakat.”


Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu. [


Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh


Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu.


Apabila semua orang yang berkumpul di situ melihat apa yang telah berlaku, mereka semua pulang ke rumah sambil menebah dada kerana menyesal.


Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, “Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orang berdosa!”


Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?”


Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.


Lihatlah hasil daripada kesedihan kamu yang sejalan dengan kehendak Allah: Kamu betul-betul berusaha untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. Kamu marah kepada apa yang sudah berlaku dan kamu takut akan apa yang mungkin berlaku. Kamu rindu akan aku, kamu sangat ingin membela aku, dan rela menghukum yang bersalah. Dalam semua hal itu kamu sudah menunjukkan bahawa kamu tidak bersalah.


Pernyataan ini sungguh benar dan harus diterima serta dipercayai sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa. Akulah yang paling jahat,


Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.


Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan tidak mengingat lagi dosa mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan