Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 18:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikut-Nya supaya sentiasa berdoa dan tidak putus asa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikut-Nya supaya sentiasa berdoa dan tidak putus asa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 18:1
26 Iomraidhean Croise  

Apabila TUHAN membina Sion semula, Dia akan menyatakan keagungan-Nya.


Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN dalam hidupku di dunia ini.


Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah, dan memenuhi janji kami kepada-Mu,


Engkaulah Allahku; kasihanilah aku; sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.


Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.


Mereka mesti terus mengingatkan Dia, sehingga Dia memulihkan Yerusalem, dan menjadikannya kota yang termasyhur di seluruh dunia.


Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu.


Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.


Berjaga-jagalah dan berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu kamu dapat menghadap Anak Manusia.”


Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa.


Kami tahu bahawa kerana belas kasihan Allah, Dia sudah mengurniai kami tugas ini. Oleh itu kami tidak patah semangat.


Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.


Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah.


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.


Salam daripada Epafras, seorang lagi daripada kalangan kamu. Dia hamba Kristus Yesus, dan dia sentiasa berdoa dengan tekun bagi kamu. Dia memohon kepada Allah supaya iman kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Allah dengan sepenuhnya.


Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah.


Lama sekali Hana berdoa kepada TUHAN, dan selama itu Eli memperhatikan mulut Hana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan