Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 17:29 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

29 Tetapi pada hari Lot meninggalkan Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

29 Tetapi pada hari Lot meninggalkan Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 17:29
16 Iomraidhean Croise  

Jika TUHAN Yang Maha Kuasa tidak membenarkan beberapa orang hidup, Yerusalem sudah pun musnah sama sekali seperti Sodom dan Gomora dahulu.


Antara semua kerajaan, Babilonia adalah yang paling indah dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Tetapi Aku, TUHAN, akan memusnahkan kota Babel sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora!


Sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora bersama dengan pekan-pekan di sekitarnya, begitu juga Aku akan memusnahkan Babel. Tiada seorang pun akan tinggal di sana lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu; Aku tidak mungkin meninggalkan kamu. Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma, atau menghukum kamu seperti Zeboim? Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.


Aku membinasakan sebilangan daripada kamu sebagaimana Aku membinasakan Sodom dan Gomora. Orang yang masih hidup di kalangan kamu umpama puntung kayu yang diambil dari api. Walaupun begitu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku.


Demi Aku TUHAN yang hidup, Allah yang disembah Israel, Aku bersumpah bahawa Moab dan Amon akan dimusnahkan seperti Sodom dan Gomora. Negeri-negeri itu akan dipenuhi perigi garam dan selama-lamanya menjadi puing-puing, yang ditumbuhi semak duri. Umat-Ku yang terselamat akan menjarah harta penduduk negeri-negeri itu lalu merampas tanah mereka.”


Juga seperti pada zaman Lot; orang makan minum, berjual beli, bercucuk tanam, dan membina rumah.


Demikianlah keadaannya pada hari Anak Manusia menampakkan diri.


Allah menghukum kota Sodom dan Gomora; Dia memusnahkannya dengan api, supaya menjadi contoh tentang apa yang akan berlaku terhadap orang derhaka.


Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.


Mayat mereka akan terlantar di jalan raya kota besar, tempat Tuhan mereka disalibkan. Kota itu diberikan nama kiasan Sodom atau Mesir.


akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya! Semua orang itu akan diseksa di dalam api dan belerang di hadapan malaikat-malaikat suci dan Anak Domba.


Tetapi binatang itu ditawan bersama-sama nabi palsu yang telah melakukan mukjizat di hadapannya. (Dengan mukjizat itulah binatang itu menipu orang yang mempunyai tanda binatang itu, dan orang yang menyembah patung binatang itu.) Binatang itu dan nabi palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang bernyala-nyala dengan belerang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan