Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 16:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Pengurus itu berfikir, ‘Apakah harus aku lakukan? Aku akan diberhentikan kerja. Aku tidak kuat mencangkul dan aku malu meminta sedekah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Pengurus itu berfikir, ‘Apakah harus aku lakukan? Aku akan diberhentikan kerja. Aku tidak kuat mencangkul dan aku malu meminta sedekah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 16:3
26 Iomraidhean Croise  

Haman datang menghadap, dan raja berkata kepadanya, “Ada seorang yang hendak beta berikan penghormatan. Apakah yang harus beta buat baginya?” Haman berfikir, “Tentu akulah yang akan diberikan penghormatan oleh raja. Tidak mungkin ada sesiapa lagi.”


Orang malas yang banyak keinginan, tidak akan mencapainya. Orang rajin akan mendapat apa sahaja yang diingini mereka.


Orang malas akan selalu mengalami kesusahan, tetapi orang jujur tidak menemui kesukaran.


Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.


Orang yang sentiasa tidur dan bermalas-malas pasti akan kelaparan.


Petani yang malas mengerjakan tanah pada musimnya tidak akan mendapat hasil pada musim menuai.


Hamba yang dimanjakan sejak kecil, akhirnya akan mengambil segala yang kamu miliki.


Apa yang akan kamu lakukan apabila Allah menghukum kamu kelak? Apa yang akan kamu lakukan apabila Dia mendatangkan bencana dari negeri yang jauh? Kepada siapakah kamu akan lari minta pertolongan? Di mana akan kamu sembunyikan kekayaan kamu?


semua yang dikatakan oleh nabi-nabi dusta belaka; imam-imam memerintah mengikut arahan para nabi itu, dan umat-Ku suka akan perkara itu. Tetapi apakah yang dilakukan mereka pada akhirnya?”


Pada masa perayaan agama untuk menghormati TUHAN, kamu tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk merayakannya.


Pada petang hari, pemilik ladang anggur itu berkata kepada ketua para pekerja, ‘Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir sampai kepada pekerja yang datang awal sekali.’


Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus.


Dia mula berfikir dalam hati, ‘Aku tidak mempunyai tempat untuk menyimpan segala hasil tanahku. Apakah yang harus aku lakukan?’


Lalu orang kaya itu memanggil pengurusnya dan berkata, ‘Apakah yang aku dengar tentang dirimu? Serahkan kira-kiramu yang lengkap bagi semua hartaku, kerana mulai sekarang kamu berhenti menjadi pengurus.’


Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu.


Orang miskin itu meninggal lalu dibawa oleh malaikat ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun meninggal dan dikebumikan.


Aku tahu akan apa yang harus aku lakukan, supaya apabila aku diberhentikan kerja, aku mempunyai banyak kawan yang mahu menyambut aku ke rumah mereka.’


Sudah lama hakim itu tidak mahu menolong balu itu, tetapi akhirnya hakim itu berkata dalam hati, ‘Sungguhpun aku tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun,


Jiran-jirannya dan semua orang yang selalu melihat dia meminta sedekah, bertanya, “Bukankah orang ini yang selalu duduk meminta sedekah?”


Di situ, di pintu yang disebut Pintu Indah, ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak dia dilahirkan. Tiap-tiap hari dia dibawa ke situ untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke Rumah Tuhan.


Bangunlah dan masuklah ke bandar. Di situ engkau akan diberitahu apa yang harus engkau lakukan.”


Kami berkata demikian kerana kami mendengar bahawa ada beberapa orang di kalangan kamu yang bermalas-malas. Mereka tidak melakukan sesuatu pun kecuali mencampuri urusan orang lain.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan