Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 16:26 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

26 Selain itu, ada pula jurang yang dalam di antara kamu dan kami, sehingga orang dari sini tidak dapat ke sana dan orang dari sana tidak dapat ke mari!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

26 Selain itu, ada pula jurang yang dalam di antara kamu dan kami, sehingga orang dari sini tidak dapat ke sana dan orang dari sana tidak dapat ke mari!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 16:26
15 Iomraidhean Croise  

Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri, dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka.


Dengarlah, hai kamu yang melupakan Aku, jika tidak, Aku akan membinasakan kamu; dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu.


TUHAN berfirman, “Semua negeri jiran yang pernah menghina Israel tidak lagi merupakan duri atau belukar berduri yang menyakiti Israel. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.”


Umat-Ku akan melihat lagi perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak.”


Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal.”


Percayalah, kamu tidak akan keluar dari penjara sebelum kamu membayar denda kamu.”


Tetapi Abraham menjawab, ‘Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara.


‘Jika demikian, Bapa Abraham,’ kata orang kaya itu, ‘saya memohon supaya bapa menyuruh Lazarus pergi ke rumah ayah saya.


Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya.


Kemudian Iblis yang telah menipu mereka itu dibuang ke dalam lautan api dan belerang. Di situlah tempat binatang itu dan nabi palsu itu telah dibuang dahulu. Mereka semua akan diseksa siang dan malam untuk selama-lamanya.


Orang yang jahat akan terus berbuat jahat; orang yang mencemarkan diri akan terus mencemarkan diri; orang yang melakukan kehendak Allah mesti terus melakukannya, dan orang yang mengabdikan diri kepada Allah mesti terus mengabdikan diri.”


Ketika Abigail pulang kepada Nabal, ada jamuan besar di rumahnya, seperti jamuan raja. Oleh sebab Nabal mabuk dan bersukaria, Abigail tidak memberitahukan apa-apa pun kepadanya sehingga keesokan hari.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan