Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 16:25 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

25 Tetapi Abraham menjawab, ‘Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

25 Tetapi Abraham menjawab, ‘Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 16:25
25 Iomraidhean Croise  

Padahal Allah yang telah menjadikan mereka kaya. Aku tidak faham akan fikiran orang durjana.


Selamatkanlah aku daripada orang yang menimbun harta di dunia. Hukumlah mereka dengan penderitaan yang telah Engkau sediakan untuk mereka; biarlah anak cucu mereka dihukum juga.


Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal; orang bodoh dan orang tolol pun akan mati. Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.


hati mereka penuh dengan kejahatan, dan fikiran mereka sibuk dengan rancangan kejam.


Yerusalem teringat akan keagungannya pada masa silam; kini kota itu runtuh dan penuh kesengsaraan. Tiada sesiapa yang menolongnya ketika dia dikalahkan musuh; semua penakluk mentertawakan kejatuhannya.


Pada malam itu juga Raja Belsyazar, raja Babilonia dibunuh.


Mereka berkata, “Tuan, kami ingat bahawa semasa penipu itu masih hidup, dia pernah berkata, ‘Selepas tiga hari Aku akan dibangkitkan.’


Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua-dua belah kaki dibuang ke dalam neraka. [


Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu.


Di alam maut dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya.


Selain itu, ada pula jurang yang dalam di antara kamu dan kami, sehingga orang dari sini tidak dapat ke sana dan orang dari sana tidak dapat ke mari!’


Tetapi malanglah kamu yang kaya sekarang ini, kerana kamu telah mengalami kenikmatan hidup!


Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”


Mereka menguatkan hati pengikut-pengikut di situ dan menggalakkan mereka supaya tetap percaya kepada Yesus. Rasul-rasul itu berkata, “Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Allah.”


Seseorang yang fikirannya dikuasai oleh tabiat manusia, menjadi musuh Allah. Orang itu tidak mentaati hukum Allah, dan sebenarnya dia tidak dapat mentaati hukum Allah.


Terkutuklah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripada gandum itu.


Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi.


Dengan demikian tidak seorang pun daripada kamu meninggalkan Kristus kerana penganiayaan itu. Kamu sendiri tahu bahawa penganiayaan itu sebahagian daripada kehendak Allah bagi kita.


Musa lebih suka menderita bersama-sama umat Allah daripada menikmati kesenangan hidup berdosa untuk sementara waktu.


Janganlah kasihi dunia ini, atau segala sesuatu di dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mengasihi Allah Bapa.


“Saya tidak tahu, tetapi tuan tahu,” jawabku. Dia berkata kepadaku, “Merekalah orang yang berjaya melalui masa penganiayaan yang dahsyat itu. Mereka telah membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan