Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 16:19 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

19 “Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

19 “Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 16:19
23 Iomraidhean Croise  

Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita.


Orang bijak dipuji kerana kebijaksanaan mereka, tetapi orang bodoh terkenal kerana kebodohan mereka.


Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.


baju tipis, sapu tangan linen, ikat kepala, dan selendang panjang.


Perhiasanmu dibuat daripada emas dan perak, dan pakaianmu dibuat daripada linen, sutera, dan kain bersulam. Engkau makan roti yang dibuat daripada gandum terbaik, dengan madu dan minyak zaitun. Kecantikanmu luar biasa, sehingga engkau menjadi ratu.


Sodom dan anak-anaknya sombong kerana mereka mempunyai banyak makanan serta dapat hidup dengan tenang dan aman. Tetapi mereka tidak menolong orang yang miskin dan susah.


Layar yang menjadi lambangmu dibuat daripada linen buatan Mesir, dengan aneka sulaman. Kajangmu dibuat daripada kain halus, kain yang berwarna ungu dari Siprus.


Mereka memakaikan jubah ungu pada Yesus, serta membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu meletakkannya pada kepala Yesus.


Setelah mereka mempermainkan Yesus, mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaian-Nya semula. Kemudian mereka membawa Yesus ke luar untuk disalib.


Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.


Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya.


Sesiapa yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina. Demikian juga lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah diceraikan, berzina juga.”


Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu.


Wanita itu berpakaian ungu dan merah tua, serta memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara. Tangannya memegang sebuah cawan emas yang penuh dengan perkara-perkara cabul dan keji, hasil daripada perbuatannya yang cabul.


serta berkata, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Biasanya Babel berpakaian kain linen, kain ungu, dan kain merah tua; biasanya Babel memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara!


Berilah Babel penderitaan dan kesedihan sebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri, kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, ‘Aku ratu yang memerintah! Aku bukan balu, aku tidak akan mengalami kesedihan!’


Semua anting-anting emas yang diberikan kepada Gideon pada masa itu beratnya hampir dua puluh kilogram, tidak termasuk perhiasan-perhiasan, kalung, dan kain ungu yang dipakai oleh raja-raja Midian, serta rantai yang dikenakan pada leher unta mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan