Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 16:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 16:1
19 Iomraidhean Croise  

Tetapi Abram berkata, “Ya TUHAN Raja, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Orang yang akan mewarisi hartaku hanya Eliezer, hambaku dari Damsyik.


Oleh itu, di pintu rumah Yusuf, mereka berkata kepada pengurus rumah tangga itu,


Raja Daud memerintahkan semua pemimpin Israel supaya berkumpul di Yerusalem. Oleh itu semua ketua suku, pegawai pentadbiran kerajaan, ketua puak, pengurus harta benda dan ternakan raja, serta putera-putera raja - pendek kata, semua pembesar istana, panglima dan orang penting - berkumpul di Yerusalem.


Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.


Oleh itu, pada musim menuai Aku akan menarik balik pemberian-Ku kepadanya, iaitu gandum dan wain. Aku akan mengambil balik bulu domba dan linen yang Aku berikan kepadanya untuk dijadikan pakaian.


Pada petang hari, pemilik ladang anggur itu berkata kepada ketua para pekerja, ‘Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir sampai kepada pekerja yang datang awal sekali.’


Tuhan menjawab, “Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk oleh tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.


Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.


Tetapi anak ayah ini telah memboroskan segala harta ayah dengan pelacur, dan apabila dia kembali ayah menyembelih anak lembu yang gemuk untuknya!’


“Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.


Lalu orang kaya itu memanggil pengurusnya dan berkata, ‘Apakah yang aku dengar tentang dirimu? Serahkan kira-kiramu yang lengkap bagi semua hartaku, kerana mulai sekarang kamu berhenti menjadi pengurus.’


Hamba yang lain datang dan berkata, ‘Tuanku, inilah wang emas tuanku. Patik telah menyimpannya di dalam sapu tangan.


Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.


Hal itu demikian kerana seorang pemimpin jemaah bertugas mengurus pekerjaan Allah. Oleh itu dia haruslah tidak bercela. Dia tidak boleh sombong ataupun cepat marah, atau pemabuk, atau suka berkelahi, ataupun tamak akan wang.


Apabila kamu memintanya, kamu tidak mendapatnya, kerana tujuan kamu jahat. Apa yang kamu minta itu untuk kesenangan diri sendiri.


Setiap orang daripada kamu sudah menerima kurnia yang berlainan daripada Allah. Oleh itu sebagai pengurus yang baik bagi kurnia Allah, kamu mesti menggunakan kurnia-kurnia itu untuk kepentingan semua orang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan