Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 15:21 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

21 ‘Ayah,’ kata anak itu, ‘Saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

21 ‘Ayah,’ kata anak itu, ‘Saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 15:21
10 Iomraidhean Croise  

Maka di hadapan khalayak ramai dia akan berkata, ‘Aku telah berdosa. Aku telah berbuat salah, tetapi Allah mengampuni aku.


Janganlah hakimi aku, hamba-Mu; tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.


Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku.


Hanya mengakulah bahawa engkau bersalah dan telah memberontak terhadap TUHAN, Allahmu. Mengakulah bahawa di bawah setiap pokok hijau engkau telah mencurahkan cintamu kepada tuhan-tuhan bangsa lain, dan tidak mentaati perintah-Ku. Aku, TUHAN telah berfirman.


Aku akan mengampunkan segala kesalahanmu, tetapi engkau akan mengingatnya dan berasa terlalu malu sehingga engkau tidak berani membuka mulut.” TUHAN Raja telah berfirman.


Dia pun pulang kepada bapanya. Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya.


Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, ‘Cepat, bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya.


Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.


Oleh itu kamu berdosa terhadap Kristus, kerana kamu berdosa terhadap saudara-saudara Kristian dan melukai keyakinan mereka yang tidak teguh itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan