Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 15:17 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

17 Akhirnya dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji ayahku mendapat makanan yang berlebihan tetapi di sini aku hampir mati kelaparan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

17 Akhirnya dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji ayahku mendapat makanan yang berlebihan tetapi di sini aku hampir mati kelaparan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 15:17
19 Iomraidhean Croise  

Aku telah memikirkan kelakuanku, dan berjanji akan menurut peraturan-Mu.


Mereka umpama mimpi yang menghilang pada waktu pagi, ketika Engkau bangkit, ya Tuhan, mereka pun lenyap.


Nasib manusia semuanya sama dan hal itu salah, seperti semua kejadian lain di dunia ini. Selama manusia hidup, fikiran mereka penuh dengan kejahatan dan kebodohan, dan tiba-tiba mereka meninggal.


Kami telah berpaling daripada-Mu, tetapi kami menyesali perbuatan itu. Setelah Engkau menghukum kami, kami menundukkan kepala kerana sedih. Kami malu dan dihina kerana kami berdosa pada masa muda.’


Yerusalem teringat akan keagungannya pada masa silam; kini kota itu runtuh dan penuh kesengsaraan. Tiada sesiapa yang menolongnya ketika dia dikalahkan musuh; semua penakluk mentertawakan kejatuhannya.


Dia insaf akan kesalahannya lalu berhenti berbuat dosa. Oleh itu dia tidak akan mati tetapi akan hidup.


Dia tidak mengakui bahawa Aku yang memberi dia gandum, wain, minyak zaitun, dan segala emas serta perak yang digunakannya untuk menyembah Baal.


Dia begitu lapar sehingga ingin mengisi perut dengan makanan babi, tetapi tidak seorang pun memberikan makanan kepadanya.


Di alam maut dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya.


Lalu orang ramai keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat duduk dekat kaki Yesus. Orang itu sudah berpakaian dan waras fikirannya. Mereka semua ketakutan.


Barulah Petrus menyedari apa yang sudah berlaku kepada dirinya. Dia berkata, “Sekarang aku tahu bahawa semuanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengirim malaikat-Nya untuk melepaskan aku daripada kuasa Raja Herodes dan daripada segala sesuatu yang akan dilakukan orang Yahudi kepadaku.”


Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?”


kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan