Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 15:15 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

15 Oleh itu dia bekerja bagi seorang penduduk negeri itu, yang menyuruh dia menjaga babi di ladang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

15 Oleh itu dia bekerja bagi seorang penduduk negeri itu, yang menyuruh dia menjaga babi di ladang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 15:15
27 Iomraidhean Croise  

Dalam keadaan yang sangat susah itu, Raja Ahas malah semakin berdosa terhadap TUHAN.


Oleh itu, Musa dan Harun pergi menghadap raja lalu berkata kepadanya, “TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, ‘Berapa lama lagi engkau tidak mahu tunduk kepada-Ku? Benarkanlah umat-Ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.


Mengapa kamu terus memberontak? Adakah kamu mahu dihukum dengan lebih dahsyat lagi? Hai Israel, kepalamu sudah penuh dengan luka. Hati dan fikiranmu tidak sihat.


Aku murka terhadap mereka kerana dosa dan ketamakan mereka. Itulah sebabnya Aku menghukum dan meninggalkan mereka. Tetapi mereka degil dan tetap mengikut jalan sendiri.


Sesungguhnya TUHAN menuntut kesetiaan. Dia memukul kamu, tetapi kamu tidak mengambil perhatian. Dia meremukkan kamu, tetapi kamu tidak mahu menerima pengajaran. Kamu degil dan tidak mahu bertaubat daripada dosa.


Sekarang engkau terpaksa menanggung aib. Dosamu jauh lebih besar daripada dosa saudara-saudaramu. Mereka seakan-akan tidak bersalah jika dibandingkan dengan engkau. Engkau harus malu dan menanggung aib, kerana saudara-saudaramu kelihatan suci.”


Aku akan mengampunkan segala kesalahanmu, tetapi engkau akan mengingatnya dan berasa terlalu malu sehingga engkau tidak berani membuka mulut.” TUHAN Raja telah berfirman.


Aku memperlakukan engkau dengan penuh kebencian; Aku melempari engkau dengan kotoran. Orang akan menatap engkau dengan rasa gerun.


Oleh itu Aku pun akan menyebabkan kamu tidak dihormati oleh umat Israel kerana kamu tidak mentaati kehendak-Ku, dan kerana kamu membeza-bezakan orang ketika kamu mengajar.”


Jangan berikan apa-apa yang suci kepada anjing; anjing hanya akan berbalik lalu menerkam kamu. Jangan berikan mutiara kepada babi; babi hanya akan memijak-mijak mutiara.”


Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.


Dengan cepat wangnya habis. Pada masa itu kebuluran yang teruk melanda seluruh negeri itu, lalu hidupnya melarat kerana dia tidak mempunyai apa-apa.


Dia begitu lapar sehingga ingin mengisi perut dengan makanan babi, tetapi tidak seorang pun memberikan makanan kepadanya.


Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal.


Kita harus bersikap demikian, kerana dahulu kita juga bodoh, tidak taat, dan sesat. Kita diperhamba oleh berbagai-bagai nafsu dan keinginan. Hidup kita dipenuhi dengan perasaan dengki dan cemburu, dan kita saling membenci.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan