Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 15:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 15:13
35 Iomraidhean Croise  

Orang yang meninggalkan Engkau pasti musnah, Engkau akan membinasakan mereka yang tidak setia kepada-Mu.


Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.


Orang yang suka berfoya-foya dan menggemari wain serta makanan lazat tidak akan menjadi kaya.


Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.


Orang yang jauh dari rumah bagaikan burung yang tidak bersarang.


Orang muda yang mentaati hukum adalah bijak. Orang yang bersahabat dengan pemboros memalukan bapanya.


Sesiapa yang menghargai hikmat, menggembirakan bapanya. Sesiapa yang selalu bercampur dengan pelacur membazirkan wang.


Pelacur dapat kamu bayar dengan harga sebuku roti sahaja, tetapi berzina dengan isteri orang lain harus kamu bayar dengan nyawa.


Alangkah malangnya kamu, hai bangsa yang berdosa, hai kaum yang keji dan jahat! Dosa kamu telah menjerumuskan kamu! Kamu telah menolak TUHAN, Allah yang suci, Allah Israel dan kamu telah meninggalkan Dia.


Tetapi sebaliknya kamu bergembira dan berpesta. Kamu menyembelih domba dan lembu, makan daging, dan minum wain, sambil berkata, “Marilah kita makan dan minum, kerana esok kita akan mati.”


Ke tepi! Jangan halangi kami. Kami tidak mahu mendengar tentang Allah Israel, Allah kamu yang suci.”


Pemabuk-pemabuk itu berkata, ‘Marilah kita minum wain dengan sepuas-puasnya. Esok lebih baik daripada hari ini.’ ”


kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa: mereka meninggalkan Aku, sumber air pemberi hidup kepada manusia, dan mereka menggali kolam yang bocor dan tidak dapat menampung air.”


Hai umat Israel, dengarlah akan firman-Ku ini. Pernahkah Aku seperti gurun bagi kamu atau seperti tanah yang gelap dan berbahaya? Tetapi mengapakah kamu berkata bahawa kamu mahu ikut kehendak sendiri, dan tidak mahu kembali kepada-Ku lagi?


TUHAN berfirman, “Apakah tuduhan nenek moyang kamu terhadap Aku? Mengapa mereka berpaling daripada-Ku? Mereka menyembah berhala-berhala yang sia-sia, sehingga mereka sendiri menjadi tidak berguna.


TUHAN berfirman, “Hai umat-Ku, apakah yang telah Aku lakukan terhadap kamu? Dalam hal apakah Aku telah menjadi beban bagi kamu? Jawablah.


Yang bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berikanlah harta bahagian saya sekarang juga.’ Lalu bapanya membahagi hartanya antara kedua-dua orang anaknya.


Dengan cepat wangnya habis. Pada masa itu kebuluran yang teruk melanda seluruh negeri itu, lalu hidupnya melarat kerana dia tidak mempunyai apa-apa.


Tetapi anak ayah ini telah memboroskan segala harta ayah dengan pelacur, dan apabila dia kembali ayah menyembelih anak lembu yang gemuk untuknya!’


Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya.


“Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.


Tetapi sekarang, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus, kamu yang dahulunya jauh daripada Allah, telah didekatkan kepada Allah oleh kematian Kristus.


Demikianlah Kristus datang dan mengisytiharkan Berita Baik tentang kedamaian itu kepada semua orang: baik kepada orang bukan Yahudi yang dahulu jauh daripada Allah, mahupun kepada orang Yahudi yang dekat dengan Allah.


Mereka akan menderita kesengsaraan, kerana menyebabkan orang lain menderita kesengsaraan. Bagi mereka, kesenangan bererti berfoya-foya pada siang hari untuk memuaskan hawa nafsu. Semasa mereka makan bersama-sama kamu, kelakuan mereka amat memalukan. Mereka berasa seronok kerana dapat menipu kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan