Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 13:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

8 Tetapi pekebun itu menjawab, ‘Tuan, biarkanlah pokok ini tumbuh selama setahun lagi. Saya akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan menaruh baja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

8 Tetapi pekebun itu menjawab, ‘Tuan, biarkanlah pokok ini tumbuh selama setahun lagi. Saya akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan menaruh baja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 13:8
17 Iomraidhean Croise  

Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya; Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah, dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.


Dia berkata, “Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar berkenan kepadaku, aku mohon Engkau ikut dengan kami. Umat ini degil, tetapi ampunkanlah kejahatan serta dosa kami, dan terimalah kami sebagai umat-Mu sendiri.”


Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Aku tidak akan mengasihani bangsa ini, walaupun Musa dan Samuel berdiri di sini untuk memohon belas kasihan-Ku bagi mereka. Suruhlah bangsa ini pergi, Aku tidak mahu melihat mereka!


Wajarkah kebaikan dibalas dengan kejahatan? Tetapi mereka telah menggali lubang supaya aku jatuh ke dalamnya. Ingatlah bahawa aku telah membela mereka di hadapan-Mu, supaya Engkau tidak murka kepada mereka.


Para imam yang mengabdi kepada TUHAN di antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN, mesti menangis dan berdoa demikian, “Kasihanilah umat-Mu, ya TUHAN. Jangan biar bangsa lain menghina dan mengolok-olok kami dengan berkata, ‘Di manakah Allah kamu?’ ”


Oleh itu dia berkata kepada pekebunnya, ‘Lihatlah, selama tiga tahun aku datang mencari buah ara pada pokok ini, tetapi tidak mendapat sebiji pun. Tebanglah sahaja, kerana pokok ini hanya menghabiskan kesuburan tanah.’


Jika pokok ini berbuah pada tahun depan, baiklah. Jika tidak, tuan boleh menyuruh orang menebangnya.’ ”


Garam yang tawar tidak lagi berguna untuk menyuburkan tanah ataupun untuk dijadikan baja; sebaiknya dibuang sahaja. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!”


Saudara-saudaraku! Dengan sepenuh hati aku berharap supaya bangsaku diselamatkan! Dengan tekun aku berdoa kepada Allah bagi mereka.


Aku berharap dapat membuat bangsaku iri hati, dan kerana apa yang aku lakukan, Allah akan menyelamatkan sebahagian daripada mereka.


Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan