Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 13:34 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

34 Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

34 Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 13:34
46 Iomraidhean Croise  

Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,


Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.


Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!


Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri; sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,


Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar, dan keadilan-Mu sedalam laut. Engkau menjaga manusia dan haiwan.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud, pada masa dia lari ke dalam gua untuk menghindari Raja Saul.


Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka, dan berbuat sesuka hati mereka.


Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya; engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya; kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau.


TUHAN Raja, Allah Israel, Allah yang suci, berfirman kepada umat-Nya, “Kembalilah kepada-Ku dan percayalah kepada-Ku dengan hati yang tenteram. Maka kamu akan Kukuatkan dan Kuselamatkan.” Tetapi kamu tidak mahu.


Mengapakah umat-Ku tidak menyambut Aku ketika Aku datang untuk menyelamatkan mereka? Mengapakah mereka tidak menjawab ketika Aku memanggil? Adakah Aku terlalu lemah untuk menyelamatkan mereka? Dengan perintah-Ku air laut menjadi kering, sungai-sungai menjadi padang pasir sehingga ikan-ikan di dalamnya mati kerana tidak ada air.


Sia-sia sahaja Aku menghukum kamu, kerana kamu tidak mahu menerima pengajaran-Ku. Seperti singa yang sedang mengamuk, demikianlah kamu membunuh para nabi kamu.


Mereka membawa dia kembali kepada Raja Yoyakim. Kemudian raja menyuruh orang membunuh dia, lalu mayatnya dibuang di tanah perkuburan orang awam.


Keturunan Yonadab mentaati perintah Yonadab supaya tidak minum wain. Sehingga hari ini tiada seorang pun antara mereka minum wain. Walaupun Aku terus-menerus berfirman kepada kamu, namun kamu tidak taat kepada-Ku.


Oleh itu sekarang Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan mendatangkan semua bencana yang Aku janjikan itu kepada kamu, penduduk Yehuda dan Yerusalem. Aku akan melakukan hal ini kerana kamu tidak mahu mendengar apabila Aku berfirman, dan kamu tidak mahu menjawab apabila Aku memanggil kamu.”


TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram.” Tetapi mereka berkata, “Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!”


Itulah sebabnya air mataku bercucuran. Tiada sesiapa pun dapat menghibur aku, ataupun menguatkan hatiku. Musuh telah mengalahkan aku; pendudukku telah kehilangan segala sesuatu.


Tetapi hal itu berlaku kerana nabi-nabinya telah berdosa, dan imam-imamnya membunuh orang yang tidak bersalah.


Tetapi semakin Aku memanggil mereka, semakin mereka menjauhi Aku. Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal; mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.


Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.


Bersukacitalah, hai penduduk Sion, bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu; Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh, Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk dan hujan pada musim bunga seperti dahulu.


Jangan berlaku seperti nenek moyang kamu. Dahulu kala, para nabi menyampaikan perkhabaran-Ku kepada mereka agar berhenti berbuat jahat dan berhenti berbuat dosa. Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan Aku dan tidak mahu mentaati Aku.


Raja menyuruh hamba-hambanya memberitahu para jemputan supaya datang ke majlis jamuan itu. Tetapi mereka tidak mahu datang.


sedang yang lain menangkap hamba-hamba itu, lalu memukul dan membunuh mereka.


Anak sulung itu begitu marah sehingga dia tidak mahu masuk ke rumah. Lalu bapanya keluar dan memujuk dia.


Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”


Yesus berpaling kepada mereka dan berkata, “Wanita-wanita Yerusalem, janganlah tangisi Aku. Tangisilah diri kamu sendiri dan anak-anak kamu.


Adakah seorang nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang saudara semua? Mereka membunuh pesuruh-pesuruh Allah yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya. Sekarang saudara-saudara sudah mengkhianati dan membunuh Dia.


Sementara mereka melempari Stefanus dengan batu, Stefanus berseru kepada Tuhan, “Tuhan Yesus, terimalah diriku!”


Saulus menyetujui pembunuhan itu. Pada hari itu juga, jemaah di Yerusalem mula menderita penganiayaan yang kejam. Semua pengikut Yesus, kecuali rasul-rasul, terpaksa melarikan diri ke seluruh daerah Yudea dan Samaria.


Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan, mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.


Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya.


Mayat mereka akan terlantar di jalan raya kota besar, tempat Tuhan mereka disalibkan. Kota itu diberikan nama kiasan Sodom atau Mesir.


Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan