Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 13:27 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

27 Tetapi tuan itu akan berkata lagi, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Pergilah dari sini, kamu semua yang melakukan kejahatan!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

27 Tetapi tuan itu akan berkata lagi, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Pergilah dari sini, kamu semua yang melakukan kejahatan!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 13:27
15 Iomraidhean Croise  

Orang yang taat dipimpin dan dilindungi TUHAN tetapi orang yang jahat menuju kebinasaan.


Tiap-tiap hari aku akan membinasakan orang jahat di negeri kita; aku akan mengusir semua orang jahat dari kota TUHAN.


Hai orang jahat, pergilah daripadaku. Aku akan mematuhi perintah Allahku.


Tetapi apabila Engkau menghukum orang jahat, hukumlah juga orang yang tidak percaya kepada-Mu. Sejahteralah Israel!


Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana, bersama-sama orang yang melakukan kejahatan - orang yang bermulut manis, tetapi hati diliputi kebencian.


Engkau tidak tahan melihat orang sombong; Engkau membenci semua orang jahat.


Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.


Sekalipun anak-anak dilahirkan dan dibesarkan, Aku akan mengambil anak-anak mereka itu dan tidak seorang pun akan hidup. Apabila Aku meninggalkan kamu, perkara-perkara yang dahsyat akan menimpa kamu.”


Tetapi pengantin lelaki itu menjawab, ‘Aku tidak kenal kamu!’ ”


Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, ‘Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk Allah! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan oleh Allah untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya!


Pada waktu tuan rumah bangun dan menutup pintu, kamu yang berdiri di luar mula mengetuk pintu dan berkata, ‘Tuan, bukalah pintu untuk kami!’ Tuan itu akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang!’


Tetapi orang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.


Tetapi sekarang kamu mengenal Allah, atau, lebih tepat lagi, Allah mengenal kamu. Mengapa kamu mahu kembali kepada roh-roh yang menguasai dunia ini? Roh-roh itu lemah dan tidak berguna. Mengapa kamu mahu diperhamba oleh roh-roh itu lagi?


Tetapi asas kukuh yang sudah diletakkan oleh Allah tidak dapat digoncangkan. Di atasnya tertulis kata-kata ini: “Tuhan mengenal orang milik-Nya,” dan “Sesiapa yang berkata bahawa dia milik Tuhan, mesti berhenti melakukan perbuatan yang salah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan