Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 12:20 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

20 Tetapi Allah berkata kepadanya, ‘Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

20 Tetapi Allah berkata kepadanya, ‘Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 12:20
35 Iomraidhean Croise  

Haman membanggakan diri di hadapan mereka - betapa kayanya dia, betapa banyaknya anak lelakinya, betapa pentingnya kedudukan yang diterimanya daripada raja, dan tingginya pangkatnya daripada pegawai lain.


Apakah harapan orang durjana apabila Allah menuntut nyawa mereka?


Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan! Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa. Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,


untuk mengelakkan diri dari kubur, supaya dia dapat hidup selama-lamanya.


Mereka dibinasakan dengan serta-merta; sungguh dahsyat kesudahan mereka.


Tetapi nafsu mereka belum dipuaskan, dan sementara mereka makan,


Kekayaan yang diperoleh dengan curang tidak membawa kebaikan, tetapi kejujuran menyelamatkan nyawa.


Kekayaan tidak bererti apabila orang menghadapi maut, tetapi kejujuran dapat menyelamatkan orang.


Ada orang berpura-pura kaya, padahal tidak memiliki apa-apa. Ada pula orang berpura-pura miskin, padahal kaya raya.


Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.


Sesiapa yang menjadi kaya dengan mengenakan kadar bunga wang yang tinggi serta memperdaya orang lain, hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan kepada orang miskin.


Pemabuk-pemabuk itu berkata, ‘Marilah kita minum wain dengan sepuas-puasnya. Esok lebih baik daripada hari ini.’ ”


Bagaikan burung menetaskan telur yang bukan miliknya, begitulah orang yang tidak jujur memperoleh harta. Pada usia yang masih muda dia akan kehilangan semua hartanya. Pada akhir hidupnya akan terbukti bahawa dia orang yang bodoh sekali.


Kamu bercakap besar kerana kamu sudah mengalahkan kota Lodebar. Dengan angkuh kamu berkata, “Kami cukup kuat untuk merebut kota Karnaim.”


Kamu pemabuk akan dibakar seperti jerami kering, seperti semak duri yang berbelit-belit.


Kamu bodoh! Bukankah Allah yang menjadikan bahagian luar, juga menjadikan bahagian dalam?


Apabila orang berkata, “Semuanya aman dan tenteram,” pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak.


Nasihatilah orang yang kaya dengan harta dunia, supaya jangan sombong dan jangan bergantung kepada barang-barang yang tidak tetap, seperti kekayaan. Berharaplah kepada Allah yang mengurniai kita segala sesuatu dengan berlimpah-limpah untuk dinikmati.


Adakah kita membawa sesuatu ke dalam dunia ini? Tidak! Dapatkah kita membawa sesuatu ke luar dunia ini? Tidak!


Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan