Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 12:16 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

16 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang hartawan mempunyai tanah yang menghasilkan tuaian yang banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

16 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang hartawan mempunyai tanah yang menghasilkan tuaian yang banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 12:16
13 Iomraidhean Croise  

Pencuri dan orang jahat hidup tanpa ancaman, walaupun kekuatan mereka sendiri menjadi dewa mereka.


Allah mungkin membiarkan mereka hidup sentosa, tetapi Dia mengawasi mereka sepanjang masa.


Begitulah keadaan orang jahat; hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah.


kerana aku cemburu terhadap orang sombong, ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur.


Sodom dan anak-anaknya sombong kerana mereka mempunyai banyak makanan serta dapat hidup dengan tenang dan aman. Tetapi mereka tidak menolong orang yang miskin dan susah.


Oleh itu, pada musim menuai Aku akan menarik balik pemberian-Ku kepadanya, iaitu gandum dan wain. Aku akan mengambil balik bulu domba dan linen yang Aku berikan kepadanya untuk dijadikan pakaian.


Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu berbuah. Hasilnya ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang tiga puluh kali ganda.”


Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.


Seterusnya Yesus berkata kepada mereka semua, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali.”


Dia mula berfikir dalam hati, ‘Aku tidak mempunyai tempat untuk menyimpan segala hasil tanahku. Apakah yang harus aku lakukan?’


Tetapi Allah sentiasa memberikan bukti-bukti tentang diri-Nya dengan perkara-perkara baik yang dilakukan-Nya. Dia mengurniai kamu hujan dari langit serta hasil bumi pada musimnya. Dia mengurniai kamu makanan serta menyenangkan hati kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan