Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 10:41 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

41 Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

41 Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 10:41
13 Iomraidhean Croise  

Semakin mereka membantah, semakin tidak berguna, malahan mereka tidak mendapat keuntungan apa-apa.


Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.


Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya.


Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!”


Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu: Janganlah khuatir tentang hidup kamu, tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu pakai.


“Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu datang dengan tiba-tiba.


Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup membantutkan perkhabaran itu sehingga mereka tidak menghasilkan buah yang matang.


Seorang lelaki bernama Lazarus sakit. Dia tinggal di Betania bersama-sama dua orang saudaranya yang bernama Maria dan Marta. (


Yesus mengasihi Marta, Maria, dan Lazarus.


Di sana Dia dijamu oleh mereka. Marta menghidangkan makanan, sementara Lazarus dan tetamu lain makan bersama-sama Yesus.


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan