Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 10:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Jangan bawa dompet, atau beg sedekah, ataupun kasut. Jangan berhenti di tengah jalan untuk memberikan salam kepada sesiapa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Jangan bawa dompet, atau beg sedekah, ataupun kasut. Jangan berhenti di tengah jalan untuk memberikan salam kepada sesiapa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 10:4
13 Iomraidhean Croise  

Apabila makanan dihidangkan, hamba itu berkata, “Saya tidak akan makan sebelum menyampaikan pesan yang saya bawa.” Laban berkata, “Silakan, katakanlah.”


Tetapi hamba itu berkata, “Janganlah tahan saya. TUHAN sudah membuat perjalanan saya berhasil; izinkanlah saya pulang kepada tuan saya.”


Lalu dia memasang pelana pada keldai itu dan memerintah hambanya, “Paculah keldai ini supaya berlari sepantas mungkin. Jangan kurangkan kepantasannya kecuali saya suruh.”


Elisa berpaling kepada Gehazi dan berkata, “Cepat! Bawalah tongkatku dan pergilah. Janganlah berhenti memberikan salam kepada sesiapa pun. Jika ada orang yang memberikan salam kepadamu, tidak usahlah membalasnya. Pergilah langsung ke rumahnya dan letakkanlah tongkatku pada tubuh budak itu.”


Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu.


Dia memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu mengutus mereka berdua-dua, dan memberi mereka kuasa untuk mengusir roh jahat.


Kemudian Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Apabila Aku mengutus kamu dahulu dengan tidak membawa dompet, beg, atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?” “Tidak!” jawab mereka.


Daud bertanya kepada Ahimelekh, “Adakah imam menyimpan tombak atau pedang yang dapat saya guna? Perintah raja sangat mendadak sehingga saya berangkat dengan sangat tergesa-gesa dan tidak sempat lagi mengambil pedang atau senjata yang lain.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan