Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 10:31 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

31 Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

31 Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 10:31
18 Iomraidhean Croise  

Pemuda itu menjawab, “Kebetulan saya berada di Gunung Gilboa, dan saya nampak Raja Saul bersandar pada tombaknya. Pada masa itu banyak kereta kuda dan pasukan berkuda musuh yang sudah mendekat untuk mengepung baginda.


Apabila aku putus asa, Dia tahu apa yang harus aku lakukan. Di jalan yang harus aku tempuh, musuhku telah memasang perangkap untukku.


Engkau tahu bagaimana aku dikeji, bagaimana aku dipermalukan dan dihina; Engkau nampak semua musuhku.


Orang yang tidak mahu mendengarkan keluhan orang miskin, tidak akan diperhatikan apabila dia sendiri minta pertolongan.


Ada lagi yang aku dapati di dunia ini: pelari yang pantas tidak selalu menang, dan orang yang berani tidak selalu menang dalam pertempuran. Orang bijak tidak selalu dapat mencari nafkah, orang berakal tidak selalu menjadi kaya, dan orang yang handal tidak selalu memperoleh kedudukan yang tinggi. Nasib malang boleh menimpa setiap orang.


Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar, dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh, ke dalam rumah kamu. Berikanlah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian, dan jangan tolak sanak saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan.


semua yang dikatakan oleh nabi-nabi dusta belaka; imam-imam memerintah mengikut arahan para nabi itu, dan umat-Ku suka akan perkara itu. Tetapi apakah yang dilakukan mereka pada akhirnya?”


Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat Israel, perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung Tabor,


Imam-imam di kota itu seperti sekumpulan perompak yang melakukan serangan hendap terhadap orang yang lalu lalang. Bahkan di jalan yang menuju ke tempat suci di Sikhem pun mereka melakukan pembunuhan. Mereka sengaja melakukan semua perkara yang keji itu.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Lebih baik seorang antara kamu menutup pintu Rumah-Ku, kerana sia-sia saja kamu menyalakan api di atas mazbah-Ku. Aku tidak berkenan kepada kamu dan tidak mahu menerima persembahan kamu.


Yesus menjawab, “Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan.


Demikian juga seorang Lewi lalu di situ. Dia mendekati orang itu untuk melihatnya, lalu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.


Kemudian Rut pergi ke ladang. Dia mengikut para penuai di sana, sambil memungut barli yang terjatuh. Kebetulan dia berada di ladang kepunyaan Boas, seorang daripada sanak saudara Elimelekh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan