Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 10:15 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

15 Dan kamu, hai penduduk kota Kapernaum! Kamu fikir kamu akan ditinggikan sampai ke syurga? Tidak! Kamu akan dibuang ke neraka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

15 Dan kamu, hai penduduk kota Kapernaum! Kamu fikir kamu akan ditinggikan sampai ke syurga? Tidak! Kamu akan dibuang ke neraka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 10:15
20 Iomraidhean Croise  

Mereka berkata, “Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi.”


Mulut alam maut terbuka lebar-lebar untuk menelan orang bangsawan di Yerusalem bersama-sama rakyat jelata yang ramai-ramai bersuka ria.


Walaupun Babel dapat naik ke langit dan membina sebuah kubu yang kuat di situ, Aku masih akan menyuruh orang menghancurkannya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Aku akan mengirim kamu ke dunia orang mati supaya kamu tinggal bersama-sama orang purba. Aku akan membiarkan engkau menetap di dunia orang mati, di tengah runtuhan yang kekal, bersama-sama orang mati. Maka tanahmu tidak akan diduduki orang lagi, dan kamu tidak akan terbilang antara orang hidup.


Pokok itu melambangkan raja Mesir dan rakyatnya. Tiada pokok di Eden yang begitu tinggi dan mulia. Tetapi sekarang, seperti pokok-pokok di Eden, pokok itu akan turun ke dunia orang mati dan tinggal dengan mereka yang tidak mengenal Allah serta dengan mereka yang terbunuh dalam peperangan. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”


“Hai manusia fana, merataplah bagi rakyat Mesir yang banyak itu. Hantarlah mereka bersama-sama bangsa lain yang kuat ke dunia orang mati.


Rakyat Mesir akan gugur bersama-sama mereka yang mati dalam peperangan. Sebilah pedang sudah siap untuk membunuh mereka semua.


Mereka tidak diberikan penguburan yang terhormat seperti pahlawan pada zaman purba yang dikebumikan lengkap dengan pedang di bawah kepala dan perisai di atas dada. Semasa hidup, pahlawan-pahlawan itu sungguh perkasa sehingga menakutkan orang hidup.


Meskipun kamu membina rumah di tempat setinggi sarang burung helang, seolah-olah di antara bintang-bintang, Aku akan menjatuhkan kamu.


Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.


Dan kamu, hai Kapernaum! Adakah kamu hendak meninggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dibuang ke neraka! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada sehingga saat ini!


Dia tidak menetap di Nasaret, tetapi tinggal di Kapernaum, sebuah kota di tepi Tasik Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.


Pada waktu kamu melihat Abraham, Ishak, dan Yakub serta semua nabi bersukacita di Dunia Baru Allah, kamu akan menangis dan menderita kerana kamu diusir ke luar!


Di alam maut dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya.


Mengapa kita harus pergi ke sana? Kita takut. Pengintip-pengintip yang kita kirim itu memberitahu kita bahawa orang di sana lebih kuat dan lebih tinggi daripada kita. Orang di sana tinggal di kota-kota yang temboknya setinggi langit. Pengintip-pengintip itu nampak raksasa di sana!’


Malaikat-malaikat berdosa pun tidak terlepas daripada hukuman Allah. Dia membuang mereka ke dalam neraka. Di situ mereka dirantai di tempat yang gelap sehingga Hari Pengadilan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan