LUKAS 1:9 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible9 Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mazbah. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible9 Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mazbah. Faic an caibideil |
Harun dan keturunannya bertanggungjawab membakar kemenyan, dan mempersembahkan korban yang dibakar di atas mazbah. Mereka juga bertanggungjawab melakukan segala upacara ibadat di Bilik Maha Suci dan mempersembahkan korban-korban supaya Allah mengampunkan dosa umat Israel. Semua tugas itu dilakukan mereka menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba Allah.
Penutup itu menjadi amaran kepada umat Israel bahawa tiada sesiapa pun kecuali keturunan Harun boleh menghampiri mazbah untuk membakar kemenyan bagi TUHAN. Orang yang melanggar peraturan itu akan dibinasakan seperti Korah dan semua pengikutnya. Semuanya dilakukan menurut perintah TUHAN kepada Eleazar dengan perantaraan Musa.