Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

8 Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

8 Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:8
16 Iomraidhean Croise  

Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.


Orang Lewi meninggalkan padang rumput mereka dan tanah yang lain, lalu mereka pindah ke Yehuda dan Yerusalem, kerana Raja Yerobeam yang memerintah Israel dan raja-raja yang menggantikan baginda tidak membenarkan mereka bertugas sebagai imam TUHAN.


Di kota-kota dan di padang-padang rumput yang di sekitar kota-kota itu, yang ditentukan bagi keturunan Harun, ada imam-imam yang bertanggungjawab untuk membahagikan makanan kepada semua kaum lelaki daripada keluarga imam, dan kepada semua orang yang terdaftar dalam senarai suku Lewi.


Raja Hizkia mendirikan semula kumpulan para imam dan orang Lewi. Tiap-tiap kumpulan diberikan tugas tertentu, termasuk tugas membakar korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, mengambil bahagian dalam upacara ibadat di Rumah TUHAN, dan memuji serta mengucap syukur di beberapa tempat di dalam Rumah TUHAN.


Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Raja Daud, ayahandanya, Raja Salomo menentukan pekerjaan harian bagi para imam dan orang Lewi yang membantu imam menyanyikan lagu-lagu mazmur, serta membantu dalam pekerjaan imam. Raja Salomo juga menyusun kumpulan pengawal Rumah TUHAN bagi tugas harian mereka di setiap pintu gerbang, menurut perintah Raja Daud, hamba Allah itu.


Mereka juga menyusun pekerjaan para imam dan orang Lewi di Rumah TUHAN di Yerusalem, menurut peraturan yang tertulis dalam kitab Musa.


“Panggillah abangmu Harun dan anak-anaknya, Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Khususkanlah mereka dari kalangan umat Israel, supaya mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.


Kenakanlah pakaian itu pada Harun dan anak-anaknya. Kemudian tahbiskanlah dan khaskanlah mereka dengan menuangkan minyak zaitun pada mereka, supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.


“Inilah yang patut engkau lakukan untuk mentahbiskan Harun dan anak-anaknya supaya mereka dapat mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam. Ambillah seekor anak lembu jantan dan dua ekor domba jantan yang tidak ada kecacatan.


Aku akan menyucikan Khemah dan mazbah itu, dan Aku akan mengkhususkan Harun dan anak-anaknya untuk mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.


pakaikan juga ikat pinggang pada mereka, dan kenakan ikat kepala pada mereka. Demikianlah caranya engkau mentahbiskan Harun serta anak-anaknya. Mereka dan keturunan mereka harus mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam selama-lamanya.


Tuanglah minyak upacara pada Harun dan anak-anaknya supaya mereka ditahbiskan menjadi imam untuk mengabdikan diri kepada-Ku.


Tetapi hanya engkau dan anak-anak lelakimu yang boleh melakukan segala kewajipan imam yang berkaitan dengan mazbah dan apa-apa yang di dalam Bilik Maha Suci. Semua hal itu tanggungjawabmu, kerana Aku sudah mengurniakan tugas imam kepadamu. Sesiapa sahaja yang tidak berhak menjalankan tugas itu akan dihukum mati apabila menghampiri benda-benda suci.”


Ketika Herodes menjadi raja negeri Yudea, ada seorang imam bernama Zakharia. Dia termasuk golongan imam Abia. Isterinya bernama Elisabet dan dia juga keturunan imam.


Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan kedua-duanya sudah lanjut usia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan